Ayu Raudhah tuntut janji Zaquan - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Ayu Raudhah tuntut janji Zaquan harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Ayu Raudhah tuntut janji Zaquan

Ayu Raudhah tuntut janji Zaquan



SATU ketika dulu, wajah aktres jelita, Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan @ Abu Bakar sering kali menghiasi kaca televisyen.

Namun, sejak mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abdul Razak, pada 2011 lalu, Ayu mengambil keputusan untuk menumpukan lebih perhatian kepada keluarga, sementelah dikurniakan dua cahaya mata yang masih kecil.

Dalam kesibukannya menguruskan keluarga, siapa sangka pelakon yang berusia 30 tahun ini berjaya melakar kejayaan tersendiri apabila tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Lagenda Budak Setan 3 : Kasyah, pada Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27).

"Sudah tentunya saya terkejut, tergamam dan teruja. Perasaan saya bercampur baur sehingga tak tahu nak cakap apa.

"Alhamdulillah, syukur di atas pencalonan ini. Walaupun hanya tercalon, tapi bagi saya ia bagaikan satu pengiktirafan yang besar apatah lagi ini adalah yang kali pertama.

"Malah, saya juga akan menuntut janji dari suami yang memberitahu akan menemani jika saya tercalon untuk mana-mana anugerah walaupun suami bukanlah seorang yang gemar hadir ke majlis-majlis hiburan," katanya.

Akui rindu untuk kembali berlakon, aktres yang pernah popular menerusi drama bersiri Gemersik Kalbu ini mengakui mula mengehadkan aktiviti seni sejak kelahiran anak keduanya, Muhammad Aisy Aryan yang kini berusia setahun 3 bulan.

"Buat masa ini, saya memang tidak berlakon kerana anak-anak masih kecil dan sedang menyusu badan. Tambahan pula, saya kini menetap di Johor Bharu.

"Jadi, ia menyukarkan sedikit pergerakan saya dan membuatkan saya terus berasa selesa menjalani kehidupan sebagai suri rumah sepenuh tangga," katanya ketika ditemui Zass.

Jelasnya, keputusan itu dibuat atas kerelaannya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh suaminya.

"Suami adalah seorang yang sangat memahami dan menyokong apa sahaja yang ingin saya lakukan.

"Walaupun tidak berlakon, saya mempunyai perniagaan tudung Zeta En Rawdah di bawah koleksi Padusi yang diusahakan bersama kakak, Rozita Che Wan. Setakat ini, saya lebih selesa berniaga kerana waktunya yang fleksibel.

"Bahkan, kadang-kadang suami akan ke luar negeri kerana tugasnya sebagai pemain bola sepak, jadi saya akan pastikan salah seorang akan ada di rumah menjaga anak," katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Ayu Raudhah tuntut janji Zaquan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.