ADAKAH ANDA MAHU BR1M? JIKA TIDAK, SAYA BOLEH TARIK BALIK' - NAJIB 'BURUK SIKU'
PASIR GUDANG - Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) boleh ditarik balik jika rakyat tidak mahukan bantuan itu diteruskan.
"Adakah anda mahu BR1M? Jika anda tidak mahu, saya boleh tarik balik," katanya ketika berucap di mesyuarat agung UMNO Pasir Gudang.
Kenyataan Najib itu disambut jeritan sederhan di kalangan perwakilan dengan jawapan "Kami masih mahu".
Lapor sumber, 'ugutan' itu diucapkan dalam nada gurauan sambil menyindir pengkritik kerajaan.
Dakwa Najib, ada sesetengah pihak tidak suka dengan bantuan kewangan itu. Menurutnya, pada zaman sebelum ini, kerajaan membantu rakyat dengan membina kemudahan awam seperti jalan raya. Tetapi pada zaman ini, Najib membantu dapur rakyat.
Walaupun tidak menyebut nama pengkritik tersebut, ucapan itu jelas sekali ditujukan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini pernah beberapa kali mengkritik tindakan kerajaan memberikan BR1M kepada rakyat.
Ini kerana bagi Tun Dr Mahathir, pembayaran BR1M itu adalah rasuah untuk memancing undi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal ADAKAH ANDA MAHU BR1M? JIKA TIDAK, SAYA BOLEH TARIK BALIK' - NAJIB 'BURUK SIKU'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment