Warga emas meninggal dunia tercekik penganan
MELAKA - Seorang warga emas K. Sanmugam, 67, meninggal dunia akibat tercekik dodol yang dimakan di rumahnya di Taman Merbok, Bukit Baru di sini pada Jumaat lepas.
Kejadian itu disedari isteri mangsa, S.Santhaletchmy, 66, selepas mendapati suaminya, tercungap-cungap ketika mereka sekeluarga sedang menjamu selera pada kira-kira 10 pagi hari tersebut.
Santhaletchmy berkata dia kemudian mengangkat suaminya dan beberapa kali cuba menepuk belakangnya selain cuba mengeluarkan dodol tersebut dengan menggunakan jari.
"Dodol itu saya dah beli lebih seminggu dan memotongnya kecil-kecil. Pada mulanya saya nasihat (kepada suami) jangan makan dodol itu tetapi dia tidak mengendahkannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kata Santhaletchmy, suaminya kemudian pengsan sebelum dia dibawa ke Hospital Pantai di sini untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun pihak hospital memaklumkan suaminya berada dalam keadaan serius sebelum diberitahu Sanmugam meninggal dunia beberapa minit kemudian.
Santhaletchmy berkata Sanmugam, yang merupakan bekas pekerja SWM Enviroment Sdn Bhd serta Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, pernah diserang strok pada 15 tahun lepas dan pergerakan suaminya terbatas sejak kejadian itu namun dia mampu berjalan sendiri perlahan-lahan beberapa tahun kemudian.
Sementara itu, seorang pekerja kilang Jabarina Bidin, 34, maut dilanggar sebuah kenderaan ketika melintas di Jalan Jasin-Bemban di Jasin dekat sini pada pukul 6.30 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata Jabarina dipercayai menjadi mangsa langgar lari dan polis sedang mengesan suspek serta kenderaan yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kemalangan tersebut agar menghubungi polis di talian 06-2851999 atau pegawai penyiasat Inspektor Cornelius Loipin (016-8482764).
Sementara itu, abang mangsa yang berusia 39 tahun dan enggan dikenali, berkata sebelum kejadian dia menghantar adiknya, yang merupakan anak keempat daripada enam beradik, ke kilang kira-kira 6 pagi.
"Setiap hari memang saya yang menghantarnya ke kilang. Hari ini dia bawa bekal ke tempat kerja kerana kantin kilang tutup...mungkin dia hendak ke kedai di seberang jalan (sebelum dilanggar)," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Warga emas meninggal dunia tercekik penganan. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment