Sayu. Anwar dimasukkan ke HKL Lagi
SHAH ALAM - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan lanjut.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi satu kenyataan hari ini berkata, Anwar sudah dibawa ke HKL petang tadi.
"Difahamkan bahawa beliau telah ditempatkan di wad berasingan dan akan berada di HKL untuk beberapa hari.
"Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan CT Scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau," katanya.
Difahamkan, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga dibenarkan untuk bertemu Anwar petang tadi.
Bulan lalu, Anwar dimasukkan ke HKL untuk menjalani beberapa pemeriksaan berjadual.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sedang menjalani hukuman penjara lima tahun sejak 10 Februari lalu kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Sayu. Anwar dimasukkan ke HKL Lagi. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment