PUNCA SEBENAR KILANG JVC SHAH ALAM DITUTUP TERJAWAP SAYU
SHAH ALAM - Gambar-gambar sayu dan sedih para pekerja kilang JVC Shah Alam tersebar di laman sosial berikutan kilang itu terpaksa ditutup, semalam.
Sungguhpun begitu, tidak ramai yang tahu sebab sebenar kilang yang telah lama beroperasi itu ditutup.
Rohana Ramli, tampil menjawab persoalan rakyat marhaen di bawah:
Saya adalah pekerja JVC. Eng Dept 22 tahun berkhidmat. Baru semalam meninggalkan tanah JVC.
JVC Malaysia mengeluarkan produk videocam. Disebabkan smartphone telah mendominasi pasaran, jadi produk videocam menrundum. Pasaran masih ada cuma produk perlu dikecilkan.
Jadi, transfer ke Thailand adalah yang terbaik.
JVC Jepun ada membuat RnD tetapi masih tidak dapat menandingi smartphone. Kos tinggi di sini tetapi kami masih berfikiran positif.
Rezeki ada di mana-mana. (Kami juga) mendapat pampasan lebih dari Akta Buruh yang diwartakan. Alhamdulillah. Jadi, doakan kami bekas warga JVC mendapat pekerjaan secepat mungkin.
Pihak majikan juga tidak membiarkan kami. (Mereka) arrangekan kami sesi temuduga dengan syarikat lain yang memerlukan pekerja. Ada yang sudah mendapat pekerjaan, ada yang tidak.
Sampai ke akhirnya syarikat masih cuba mencarikan kami pekerjaan. Betapa bertanggungjawabnya majikan kami. - ROHANA RAMLI
Demikianlah penjelasan dan luahan Rohana. Semoga bekas-bekas pekerja JVC ini cepat mendapat pekerjaan, lagi-lagi di musim perayaan yang juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal PUNCA SEBENAR KILANG JVC SHAH ALAM DITUTUP TERJAWAP SAYU. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment