PUNCA NAJIB BO LAYAN DAKWAAN VIDEO MUHYIDDIN TERJAWAP AKHIRNYA
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melayan soalan dari wartawan mengenai video perbualan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa beliau mengaku memindahkan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Najib hanya terus beredar selepas menghadiri satu majlis di ibu negara.
Bagaimanapun, Datuk Ahmad Maslan yang turut berada di majlis itu berkata, Perdana Menteri tidak pernah menggunakan wang 1MDB dan masukkan ke dalam akaunnya.
Semalam, video rakaman perbualan tertutup Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan beberapa orang tetamu di kediamannya mengenai perbualan beliau dengan Najib tersebar di laman sosial.
Dalam video itu, Muhyiddin dimaklumkan oleh Najib bahawa wang itu diperolehi dari seseorang individu di Timur Tengah.
"Then saya kata, kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?
"Dia mengaku jadi saya tanya, mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?" katanya dalam video viral itu.
Pendedahan Muhyiddin ini sekali lagi memberikan tekanan yang besar kepada Najib. Jika di negara Jepun, mana-mana pemimpin yang terlibat dengan skandal akan bertindak meletak jawatan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal PUNCA NAJIB BO LAYAN DAKWAAN VIDEO MUHYIDDIN TERJAWAP AKHIRNYA. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment