PUNCA AHLI KELUARGA MAHU FAILKAN SAMAN TERHADAP CHEF WAN TERJAWAP
Gara-gara mulut terlalu lancang di laman Instagram, kini ahli keluarga yang didakwa malas dan tidak membantu membuat persiapan raya mahu mengambil tindakan tegas terhadap chef selebriti, Chef Wan.
Menurut ahli keluarga Chef Wan, @Haunt2, tindakan Chef Wan itu telah mengaibkan mereka kepada khalayak umum.
"Tindakan tegas akan aku sekeluarga ambil ke atas Chef Wan. Buat cerita dan sebarkan gambar yang tak sepatutnya," katanya.
Menurut @Haunt2, anak-anak Chef Wan juga bersama-sama dan memberikan sokongan kepada keluarganya untuk mengambil tindakan tegas itu.
Bagaimanapun, Chef Wan tetap tegas dengan pendiriannya dan menegakkan apa yang disuarakan olehnya beberapa hari yang lalu di laman Instagram.
Sementara itu, adik kepada Chef Wan, Rosenah Ismail, meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan yang mengaibkan itu di laman sosial.
"Apa motif abang saya pun saya tak tahu. Saya hormat dia selama ini dan sayang dia sebagai penganti arwah ayah. Bila saya susah, dia bantu saya, kami pun ada maruah diri.
"Sepatutnya sebagai Chef Wan, bapa saudara dan abang yang sulung, jagalah aib keluarga. Semua itu anak saya. Dia sudah tentu ada bilik sendiri. Kami semua tidur di luar. Cuba saya aibkan anak dia, sudah tentu dia marah. Tapi saya tegur anak Chef Wan walaupun buat salah, seperti ibu dan anak," katanya.
Nampaknya, bulan syawal kali ini telah berpaling tadah kepada Chef Wan. Bulan bermaaf-maafan sudah bertukar menjadi bulan saman-menyaman.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal PUNCA AHLI KELUARGA MAHU FAILKAN SAMAN TERHADAP CHEF WAN TERJAWAP. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment