Pelanggan buat minuman sendiri di Jempol
JEMPOL - Mungkin agak pelik, tapi itulah yang dilihat di sebuah warung di sini apabila mengamalkan konsep layan diri.
Pemilik warung, Zulkifli Ahmad, 45, atau lebih dikenali sebagai Manap berkata, pelanggan dibenarkan membuat minuman sendiri mengikut cita rasa masing-masing.
“Melalui konsep terbuka, terdapat pelanggan yang memasak sendiri makan panas seperti mi dan nasi goreng di warung ini.
“Alhamdulillah, konsep ini semakin digemari pelanggan dan rata-rata ditemui mengakui jarang ada peniaga yang beri kebenaran khas itu kepada pelanggan
“Tidak dinafikan, awalnya saya agak ragu-ragu kerana jarang melihat peniaga memberi ruang kepada pelanggannya menyediakan minuman dan makanan," katanya.
Menurutnya, bayaran yang dikenakan tetap sama namun dia tetap menekankan kebersihan.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Pelanggan buat minuman sendiri di Jempol. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment