' Najib gila kuasa ' - Azmin Ali - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di ' Najib gila kuasa ' - Azmin Ali harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
' Najib gila kuasa ' - Azmin Ali

' Najib gila kuasa ' - Azmin Ali



PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri dan gila kuasa.

Dakwaan itu dibuat oleh Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali.

Menurut Azmin, tindakan Najib menamatkan perkhidmatan Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail dan penyingkiran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada portfolio yang disandang adalah sebagai langkah untuk menyelamatkan diri beliau daripada terus disiasat berhubung salah guna kuasa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin dari kabinet hanya beberapa hari selepas beliau memberi kenyataan agar Perdana Menteri memberikan jawapan berhubung skandal 1MDB.

“(Dan)….pemecatan Abdul Ghani Patail selaku Peguam Negara, salah seorang anggota panel menyiasat skandal 1MDB, memberikan gambaran Perdana Menteri bertindak untuk mempertahankan kedudukan dan regimnya dari disiasat oleh panel bebas atas pelbagai salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit,” katanya dalam satu kenyataan .

Sehubungan itu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menggesa seluruh Ahli Parlimen tanpa mengira parti supaya bersatu untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus terpalit dalam krisis tersebut di bawah pentadbiran Najib.

“Ahli-ahli parlimen tanpa mengira parti perlu bersatu padu untuk menyelamatkan Malaysia. Rakyat tidak memberikan dokongan kepada mana-mana ahli Parlimen untuk duduk diam dan membiarkan negara menjunam ke dalam gaung krisis yang semakin parah,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal ' Najib gila kuasa ' - Azmin Ali. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.