Keganasan baharu tercetus luar Plaza Low Yat, beberapa orang tercedera - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Keganasan baharu tercetus luar Plaza Low Yat, beberapa orang tercedera harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Keganasan baharu tercetus luar Plaza Low Yat, beberapa orang tercedera

Keganasan baharu tercetus luar Plaza Low Yat, beberapa orang tercedera



Ketegangan terjadi semula di luar Plaza Low Yat di Kuala Lumpur sejurus selepas tengah malam sebentar tadi apabila pergaduhan tercetus di antara dua kumpulan, hanya beberapa jam selepas polis mengarahkan kumpulan yang ramai di luar premis itu bersurai.

Berlaku tumbuk menumbuk di kalangan ahli kedua-dua kumpulan sambil topi keledar dan barang lain dilempar kepada satu sama lain.

Beberapa orang, termasuk petugas media, dilaporkan turut cedera dalam insiden itu.



Seorang pemberita dari akhbar vernakular yang terperangkap dalam huru-hara itu juga menerima tumbukan di muka.

Beberapa kereta peronda polis dihantar ke kawasan itu.

Semua kedai di kawasan itu, termasuk kedai serbaneka 24 jam, ditutup ketika dua kumpulan itu saling kejar mengejar di Jalan Bukit Bintang.

Polis menghantar pasukan bantuan yang menempatkan diri mereka di Jalan Bulan 1 dan Jalan Bukit Bintang. Banyak anggota polis dari unit bermotosikal juga dilihat tiba di tempat kejadian.

Polis mengarahkan semua orang, termasuk kakitangan media, supaya bersurai, jika tidak, mereka diberi amaran akan ditangkap.

Salah satu kumpulan kedengaran meminta untuk bertemu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa.

Polis kemudiannya menghantar empat Unit Simpanan Persekutuan dan satu meriam air di Jalan Bukit Bintang.

Unit itu mula menggeledah kawasan itu, mencari mereka yang menimbulkan masalah dan membuat beberapa tangkapan.

Drama di Plaza Low Yat itu bermula pada Sabtu apabila seorang pemuda dilaporkan mengunjungi sebuah kedai di sana untuk membeli telefon bimbit Lenovo S860 bernilai RM799.

Jurujual yang melayannya memberitahu The Star kemudiannya, apabila dia berpaling untuk mendapatkan hadiah percuma untuk pemuda itu, dia sudah pun melarikan diri bersama telefon bimbit itu.

Kejadian kejar-mengejar tercetus dan peniaga telefon bimbit di kedai lain menangkap suspek itu, menyerangnya dan menyerahkannya kepada polis.

Semalam, bagaimanapun, rakan-rakan suspek menyerbu ke plaza itu dan menyerang kedai di mana pekerjanya membantu memberkas suspek.




Kumpulan itu bagaimanapun dikalahkan dan dihalau keluar dari plaza itu tetapi pada petangnya, kira-kira 200 orang, sebahagiannya dikatakan dari kumpulan hak Melayu Pekida, berkumpul di plaza itu, memaksa pihak berkuasa mengarahkan perniagaan di premis itu ditutup awal.

Polis sementara itu mengepung kawasan itu dan menghalang kumpulan itu daripada memasuki bangunan.

Mereka kedengaran melaungkan kenyataan yang menghina dan keji dan kelihatan bersedia menyerbu masuk ke dalam premis itu apabila pihak pengurusan dan pihak berkuasa memutuskan untuk menutupnya awal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad mengumumkan pergaduhan malam tadi tidak bermotifkan perkauman, tetapi semata-mata satu tindakan membalas dendam oleh sekumpulan belia yang tidak berpuas hati kerana salah seorang rakan mereka ditahan kerana didakwa mencuri telefon bimbit.

Insiden itu menjadi viral di laman rangkaian sosial, mengakibatkan ramai yang membuat kesimpulan ia bermotifkan perkauman.

Posting di media sosial juga mengatakan, lelaki yang kini dalam tahanan polis kerana didakwa mencuri itu ditipu apabila membeli telefon bimbit di kedai itu.

Polis akhirnya mengarahkan orang ramai supaya bersurai kira-kira jam 10 malam.

Tajuddin yang berada di tempat kejadian, sekali lagi menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai apa yang berlaku dan membiarkan pihak polis menjalankan siasatan mereka.

Keadaan disangkakan kembali reda tetapi dua jam kemudian, sekumpulan kira-kira 100 orang atau lebih, tiba di lokasi itu dan mula menyerang satu kumpulan lagi, yang membawa kepada huru-hara di tengah bandaraya itu.

Sehingga berita ini ditulis, polis masih sedang menggeledah kawasan itu, mencari mereka yang menimbulkan masalah.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Keganasan baharu tercetus luar Plaza Low Yat, beberapa orang tercedera. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.