Jalan alternatif Seremban-Kuala Pilah tanpa Tol siap dibina. Tiada lagi kesesakan di Hari Raya. Terima kasih BN! - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Jalan alternatif Seremban-Kuala Pilah tanpa Tol siap dibina. Tiada lagi kesesakan di Hari Raya. Terima kasih BN! harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Jalan alternatif Seremban-Kuala Pilah tanpa Tol siap dibina. Tiada lagi kesesakan di Hari Raya. Terima kasih BN!

Jalan alternatif Seremban-Kuala Pilah tanpa Tol siap dibina. Tiada lagi kesesakan di Hari Raya. Terima kasih BN!



KUALA PILAH – Berita gembira buat penduduk tempatan apabila jalan alternatif di Kampung Ibol Seberang sepanjang satu kilometer siap dibina bagi mengurangkan kesesakan jalan raya terutama musim perayaan.

Jalan Kampung Ibol Seberang boleh dilalui ke Kampung Gemetir Seberang menghubung ke perkampungan lain bermula dari Kampung Ulu Bendul ke Kampung Talang, Tanjung Ipoh yang akhirnya ke Pekan Kuala Pilah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ibol, Kamarulzaman Othman, 58, berkata, keseluruhan jumlah jarak jalan alternatif dianggarkan sejauh 20 hingga 30 kilometer bermula dari Talang hingga ke Ulu Bendul.

“Terdapat tiga kedudukan yang telah dikenal pasti dijadikan jalan alternatif, iaitu Kampung Gemetir Seberang ke Kampung Ibol Seberang, Padang Lebar Terachi ke Kampung Gedang akhir sekali di Ulu Bendul.

“Jika dari arah Pekan Pilah, penduduk boleh menggunakan jalan Kampung Parit menuju ke arah Kampung Purun dan keluar ke Tanjung Ipoh. Penduduk juga boleh menggunakan jalan Kampung Gemetir, Ibol, Tanjung Petai, Kuala Parit, Kampung Baru Lanjut Manis, Mampas Besar, akhirnya ke laluan Empangan Kerinchi,” katanya.

Menurutnya, jalan itu untuk kemudahan penduduk tempatan terutama apabila berlaku kesesakan serius di jalan utama selain menjimatkan masa.

“Bagi penduduk yang tahu jalan ini, ia merupakan satu kelebihan buat mereka untuk sampai cepat ke destinasi. Lagipun, kesesakan berlaku secara bermusim dan paling kritikal ketika musim perayaan.

"Hanya dua minggu lagi umat Islam akan menyambut Syawal. Dengan adanya jalan alternatif ini, sekurangnya dapat membantu penduduk tempatan merancang perjalanan lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ribuan terima kasih kepada Parlimen Kuala Pilah, Pusat khidmat Dun Seri Menanti khusus kepada wakil rakyat, dan Pejabat Daerah serta Sinar Harian kerana banyak memberi kerjasama untuk menyediakan jalan alternatif berkenaan.

“Permohonan  pembukaan jalan alternatif dilaksanakan pada tahun lalu dan tahun ini, ia telah siap dibina.

“Ia menunjukkan, kesejahteraan penduduk diutamakan dan saya mewakili penduduk berasa syukur kerana kemudahan asas ini diberi perhatian,” katanya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Jalan alternatif Seremban-Kuala Pilah tanpa Tol siap dibina. Tiada lagi kesesakan di Hari Raya. Terima kasih BN!. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.