Hehe… Rani Kulup kini bergelar Datuk Paduka!! #kipidap
Hehe…elok sekawan, Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah dan Raja Report, Datuk Paduka Abdul Rani Kulup Abdullah.
Laporan Astro Awani menyebut individu yang menggelar dirinya Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah menafikan menjual pangkat kebesaran termasuk kepada Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.
Anugerah tersebut hanya kepada individu yang benar-benar berbakti kepada masyarakat, kata Raja Ismail, SU kepada Sultan Melaka.
“Tidak timbul isu Tuanku Sultan Melaka menjual darjah kebesaran istana kepada mana-mana individu. Darjah kebesaran itu bukan untuk dijual tetapi dikurniakan secara percuma.
“Seperti contoh Rani Kulup, dia mendapat gelaran ‘Datuk’ kerana banyak membuat laporan polis terhadap isu-isu semasa, jadi dari mana datangnya cerita Sultan Melaka menjual gelaran itu?
“Pemberian gelaran hanya kepada individu yang ikhlas. Sultan Melaka banyak menerima permohonan untuk mendapatkan gelaran itu namun ditolak kerana niat mereka yang tidak ikhlas,” katanya kepada Astro Awani.
Ia mengulas dakwaan penjualan darjah kurniaan Sultan Melaka dengan harga serendah RM25,000 bergantung kepada gelaran tertentu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Hehe… Rani Kulup kini bergelar Datuk Paduka!! #kipidap. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment