Harga RON95 Sepatutnya Dinaikkan Sebanyak 20 Sen Seliter - Khairy
SIK: Kerajaan sepatutnya menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen namun kerajaan memutuskan hanya menaikkan minyak sebanyak 10 sen.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan terpaksa mengeluarkan sebanyak RM100 jura sebagai subsidi bagi menampun lebihan 10 sen tersebut.
"Harga minyak RON95 sepatutnya naik 20 sen seliter baru-baru ini, tetapi kerajaan hanya menaikkannya sebanyak 10 sen seliter," katanya.
Dengan kenaikan yang dilakukan kerajaan itu, akan membari pulangan hasil dan penjimatan kepada kerajaan di mana ia akan digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi kemudahan rakyat.
"Konsepnya sama dengan GST di mana kerajaan akan menyalurkan hasil pendapatan cukai itu kepada projek-projek demi kepentingan rakyat."
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyalurkan pendapatan daripada kutipan GST itu untuk usaha-usaha mensejahterakan kehidupan rakyat," katanya lagi.
Negara tidak dapat mengawal kenaikan harga minyak semasa kerana pasaran terbuka yang digunapakai sekarang ditentukan oleh pasaran antarabangsa.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Harga RON95 Sepatutnya Dinaikkan Sebanyak 20 Sen Seliter - Khairy. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment