DITUDUH CURI TELEFON, PELATIH PULAPOL DISEPAK ABANG SADO TAK PAKAI BAJU
Sebuah video rakaman amatur yang menunjukkan seorang lelaki disepak, diterajang oleh rakannya kerana dituduh mencuri telefon tersebar di laman sosial.
Video berdurasi 1 minit 30 saat itu dimuat naik ke laman Facebook baru sebentar tadi.
Mana Handphone Saya!?
Pelatih PULAPOL Diterajang rakannya kerana didakwa curi handphone. - http://goo.gl/6H988MMORE: #MEDIAVIDS
Posted by My Media Hub on 30hb Julai 2015
Difahamkan, kejadian yang berlaku di asrama Pusat Latihan Polis (PULAPOL) itu berpunca mangsa didakwa telah mencuri telefon lelaki terbabit.
Berang dengan mangsa, lelaki terbabit menyepak dan menerajangnya sehingga mangsa menangis merayu-rayu agar tidak diperlakukan seperti itu serta menafikan dakwaan yang kononnya dia telah mengambil telefon lelaki terbabit.
Bagaimanapun, enggan mempedulikan rintihan dan rayuan mangsa, lelaki terbabit terus menerus menyepak dan menerajang mangsa.
Kedua-dua lelaki terbabit dipercayai berasal dari Sabah berdasarkan dialek yang ditutur dalam video berkenaan.
Ketika kejadian, rakan-rakan mereka hanya memerhatikan sahaja tanpa mengambil apa-apa tindakan untuk menghalang lelaki tersebut dari terus membelasah mangsanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal DITUDUH CURI TELEFON, PELATIH PULAPOL DISEPAK ABANG SADO TAK PAKAI BAJU. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment