CINA ISI RON97 PENUH, TAK MAHU BAYAR DI PORT DICKSON
Pada 24 Julai 2015, jam 4.20 petang, semasa saya sedang bekerja sebagai cashier di bahagian kaunter Stesen Minyak Petronas Lukut, Port Dickson, telah datang pelanggan seorang lelaki dipercayai berbangsa Cina mahu mengisi minyak dan pelanggan itu memberitahu mahu mengisi penuh dan akan membuat bayaran setelah minyak diisi.
Selepas siap, saya mendapati pelanggan itu terus masuk ke dalam keretanya SKS645J jenis Honda Civic berwarna putih tanpa membuat bayaran dan memecut dengan laju menuju ke arah Seremban.
Saya telah mengekorinya sehingga ke persimpangan ke Lebuhraya SPDH Seremban-Lukut, Port Dickson.
Pelanggan tersebut telah mengisi minyak RON97 (30.953 liter) berjumlah RM78.93.
Atas hal ini, saya datang ke balai untuk membuat laporan sebagai rujukan kepada pihak majikan dan tindakan pihak polis. Sekian laporan saya. - MOHD RAZIQ BIN RAZALI
Dah isi minyak penuh, pemandu kereta curi melarikan diri. Laporan penuhnya di - http://goo.gl/N7AoZ9MORE: #MEDIAVIDS
Posted by My Media Hub on 24hb Julai 2015
Difahamkan, pemandu kereta itu bukan warganegara Singapura, sebaliknya warganegara Malaysia. Menurut sumber, Honda Civic yang didaftarkan di Singapura itu telah dicuri oleh suspek.
Menurut pemilik kereta tersebut, keretanya telah hilang semasa dihantar ke car wash di Johor.
"Kawan saya kehilangan keretanya di Johor Bahru petang semalam di KSL Car Wash. Menurut kakitangan car wash, ada seorang lelaki Cina mengambil kunci kereta itu dari mereka kononnya sebagai wakil kepada mangsa," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal CINA ISI RON97 PENUH, TAK MAHU BAYAR DI PORT DICKSON. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment