'BANGUN LAMBAT SEBAB PENAT LAYAN TETAMU/PEMINAT CHEF WAN'
Susulan luahan hati Chef Wan di Instagram mengenai saudaranya yang dikatakan 'malas' dan membuta sehingga jam 9 pagi itu, ramai netizen yang sependapat dengannya dan tidak kurang juga mengkritik tindakan chef selebriti itu mengaibkan ahli keluarganya sendiri.
Namun, tampil salah seorang dari ahli keluarga Chef Wan, Jimms GM, menafikan dakwaan itu dan mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku.
"Kelakar bila orang luar judge family kau based on caption Instagram dan tidak tahu kisah sebenar. Banyak gula dan garam yang ditambah bagi dia nampak seperti Tuhan.
"Mereka tidak sedar selama ini yang datang beraya rumah Chef Wan tu, adik beradik dan anak-anak saudara yang memasak, mengemas dan sebagainya.
"Dia hanya tahu maki dan bersiap melayan peminat dia sahaja. Tak percaya? Mari datang beraya di Sungai Koyan tahun hadapan. Tengoklah perangai jijik sebenar seorang chef selebriti," katanya.
"By the way, gambar dalam Instagram itu, raya kedua. Tiada kaitan dengan tak pergi solat raya. Bangun lambat sebab melayan tetamu/fan dia yang datang ramai. Setiap tahun, itulah kebenarannya.
"Nak menegur boleh tetapi tak perlu upload gambar orang tidur tanpa kebenaran. Itu kan aib? Mungkin dia perlukan perhatian dari pihak berkuasa. Soon," katanya lagi yang jelas sekali kesal dengan tindakan Chef Wan yang telah mengaibkan mereka.
Kini laman Instagram Chef Wan telah disetkan kepada private, dipercayai selepas tersebarnya bebelannya di pagi raya itu.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'BANGUN LAMBAT SEBAB PENAT LAYAN TETAMU/PEMINAT CHEF WAN'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment