1MDB: 'BUKA SEMULA KES BUNUH PENGASAS AMBANK'
KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Lim Kit Siang, hari ini mengesa pihak polis membuka semula kes pembunuhan pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi.
Dalam satu kenyataan akhbarnya berkata, gesaan itu bagi memastikan kematian Hussein tiada kaitan dengan skandal 1MDB.
Kit Siang membuat gesaan itu selepas Pasukan Khas yang menyiasat dakwaan penyaluran wang 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dilapor bukan enam akaun termasuk 3 akaun milik Ahli Parlimen Pekan itu.
Bagaimanapun, seorang bekas kakitangan AmBank, Emmanuel Joseph, menafikan dakwaan Kit Siang itu mengarut dan tidak berasas.
Hussein maut ditembak seorang lelaki pada Isnin, 29 Julai 2013, jam 1.30 tengah hari di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon di ibu negara. Isterinya pula turut parah akibat ditembak.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 1MDB: 'BUKA SEMULA KES BUNUH PENGASAS AMBANK'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment