Ziana Anggap Kritikan Berpakaian Ketat Sebagai Lumrah
Tidak ambil pusing mengenai kritikan dilemparkan orang ramai mengenai pakaiannya yang ketat ketika menghadiri Festival Fesyen Islamik (IFF) di Cannes, Perancis pada hujung Mei lalu, penyanyi besuara lantang, Ziana Zain menerima komen-komen tersebut dengan hati terbuka.
Lantaran diva berusia 47 tahun itu menganggap kritikan tersebut sebagai lumrah yang perlu diterima bagi seseorang selebriti sepertinya
"Saya sebenarnya tidak ambil pusing mengenai perkara tersebut kerana dalam dunia artis ini orang akan mengata dan memuji.
"Setiap manusia mempunyai pandangan sendiri untuk memberi pendapat tetapi kadang-kadang orang yang memberi pandangan itu melihat seolah-olah diri mereka sempurna," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.
Tambah Ziana, dia tidak mahu memikirkan mengenai isu yang ditimbulkan itu kerana pernah menerima kritikan lebih teruk sebelum ini.
Dalam pada itu, Ziana menjelaskan sebagai seorang selebriti yang sering menjadi perhatian umum dia perlu menggayakan pakaian mengikut trend masa kini.
"Selagi pakaian yang dipakai itu masih menutup aurat ia sebenarnya sudah cukup bagi saya," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Ziana Anggap Kritikan Berpakaian Ketat Sebagai Lumrah. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment