'TAKKAN SELFIE DENGAN BINATANG MACAM AWAK?' - FAZURA
Baru-baru ini, Nur Fazura memuat naik gambar selfienya bersama dengan seekor anjing bernama Kuning di laman Instagram.
Ekoran itu, ramai follower dan haters mengkritikan tindakan Fazura berselfie dengan anjing.
Difahamkan, Fazura pada ketika itu menghadiri satu majlis amal bagi mengutip dana untuk Furry Friends Farm, iaitu sebuah badan yang menjaga kebajikan haiwan.
Fazura didakwa sengaja mencetuskan publisiti murahan selain dari dikritik kewajaran berselfie dengan binatang haram.
Ingatkan Fazura akan mendiamkan diri, tetapi tidak.
"Takkan nak bergambar dengan binatang macam awak pulak? Anjing ini cute," katanya membalas comment followers Instagramnya.
Jelas Fazura, peminat yang ikhlas akan menerima pendiriannya.
"Tak payah berhujah berjela-jela sangat. Saya tak minta opinion awak pun. Awak tak minat saya, seribu lagi boleh menerima saya.
"Orang seperti awak inilah yang membuatkan artis takut menjadi diri sendiri, artis akan terus berpura-pura buat sesuatu yang tak ikhlas kerana nak memuaskan hati peminat yang tidak ikhlas.
"I live by my own beliefs and rules. Allah SWT tahu niat saya sudah lebih dari cukup. So please, worry about yourself. Don't worry about saya dan peminat saya yang mengasihi saya," balasnya kepada Noorani Mohd.
Difahamkan, Fazura hanya berselfie dengan anjing tanpa menyentuh binatang berkenaan. Namun, kefobiaan sesetengah orang terhadap anjing telah menimbulkan persepsi yang tidak matang sehingga menimbulkan fitnah.
Kipidap Fazura!
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'TAKKAN SELFIE DENGAN BINATANG MACAM AWAK?' - FAZURA. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment