Saya telah berjaya memalukan Tun M - Kucing Kurap
PETALING JAYA: Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard tidak merasa terhina dengan gelaran kucing kurap yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap dirinya.
Sebaliknya, pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, bekas Perdana Menteri telah memalukan dirinya sendiri kerana terpaksa menggunakan perkataan kesat di hadapan media dan orang ramai.
Katanya, dia juga telah membuktikan Dr Mahathir seorang pengecut kerana menolak pelawaan untuk berdebat dengannya.
“Semua orang tahu semalam Tun M telah buat perjumpaan dengan NGO seramai 50 orang yang memang kaki sorak, kaki ampu yang dah kenyang dengan dia.
kemudian sudahlah dia tolok, dia hina saya adakah saya rasa terhina? saya tidak rasa terhina.
“Dia terpaksa gunakan bahasa kesat panggil orang kucing kurap depan media depan orang ramai maknanya Dr Mahathir menghina diri dia dan memalukan diri dia sendiri dan saya bersimpati dengan kejadian tersebut,” katanya dalam sidang media pada Khamis.
Chegubard mencabar Dr Mahathir supaya tampil sebagai panel untuk sesi “Hot Seat” #Nothing2Hide bagi menjawab persoalan dan dakwaan yang timbul sewaktu pentadbirannya selama 22 tahun.
Dr Mahathir ketika ditanya pelawaan itu berkata, beliau tidak melayan kucing kurap yang ditujukan kepada Chegubard.
Dalam perkembangan berkaitan, Chegubard yang digantung keahlian PKR sejak tahun lalu menafikan tuduhan dia dibayar oleh penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, berbanding Najib yang diserang bertubi-tubi, Dr Mahathir terselamat daripada serangan walaupun hakikatnya telah melakukan banyak penyelewengan ketika berkuasa.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Saya telah berjaya memalukan Tun M - Kucing Kurap. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment