'ROSLI KURANG HIDUP BERMASYARAKAT' - HASAN MALEK - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'ROSLI KURANG HIDUP BERMASYARAKAT' - HASAN MALEK harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'ROSLI KURANG HIDUP BERMASYARAKAT' - HASAN MALEK

'ROSLI KURANG HIDUP BERMASYARAKAT' - HASAN MALEK



Beberapa hari lalu, kisah seorang bapa tunggal yang juga OKU menjadi viral di media sosial kerana sanggup berpanas dan berhujan demi menghantar tiga anak gadisnya ke sekolah yang jauh hampir satu kilometer.

BACA: INILAH TANGGUNGJAWAB SAYA SEBAGAI AYAH

Rosli Hamid, 46, mendakwa dia terpaksa melakukan kerja-kerja kampung demi menyara kehidupan mereka anak beranak kerana tidak mendapat bantuan wang zakat dari Jabatan Kemajuan Malaysia (JKM).

Rosli juga mendakwa Ketua Kampung di tempat tinggalnya juga tidak memberikan sebarang bantuan selepas permohonan zakat melaluinya dibuat pada tahun lalu,

"Dia (ketua kampung) tidak mahu angkat tangan walaupun berselisih di tepi jalan. Seolah-olah enggan melayan saya.

Ahli Parlimen Kuala Pilah, Hasan Malek berkata, Rosli tidak boleh membuat dakwaan seperti itu pada ketua kampung tanpa bukti.

"Dia (Rosli) perlu semak semula permohonannya. Mungkin ada masalah atau dokumen tidak lengkap. Susah jika ada aduan yang terus ke media tanpa berbincang dengan pihak saya terlebih dahulu.

"Rosli mungkin tidak membuat aduan melalui AJK kampung sendiri. Saya andaikan Rosli ini kurang hidup bermasyarakat. Kita akan kaji semula kes ini," katanya.

Sementara itu, Pusat Zakat Negeri Sembilan pula memberikan kenyataan mengenai Rosli.

"Menurut rekod dari pihak Baitulmal MAINS, Rosli bin Hamid sebenarnya telah mendapat bantuan secara berterusan sehinggalah bantuan yang telah diberikan kepada beliau telah lulus pada Disember 2014. Jumlah keseluruhan dana zakat yang telah di beri kepada beliau ialah sebanyak RM 6,440 . Bantuan yang terbaru adalah pada Januari tahun ini di mana beliau juga telah di berikan bantuan persekolahan untuk anak-anaknya. Beliau juga telah mendapat bantuan setiap bulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

"Punca sebenar beliau tidak mendapat bantuan zakat sejak kebelakangan ini adalah kerana beliau telah beberapa kali berpindah randah serta beliau tidak memberikan nombor akaun bank untuk memudahkan kemasukan bantuan zakat. Pihak Baitulmal juga tidak dapat mengesan di mana beliau berada.

"Pegawai Baitulmal pernah mengunjungi alamat terakhir beliau di No 22, Kampung Mampas Terachi, Kuala Pilah tetapi di dapati beliau tidak tinggal lagi di rumah tersebut sehinggalah artikel mengenai beliau telah keluar di laman sesawang Astro Awani yang mana beliau kini telah tinggal di Kampung Ayer Itam , Kuala Pilah.

"Setelah mengetahui lokasi beliau pihak Baitulmal akan berkunjung ke rumah beliau pada hari ini (23 Jun 2015) dan memberikan bantuan segera sebanyak RM500, bantuan makanan asas, bantuan basikal untuk anaknya dan juga bantuan fakir miskin kepada beliau akan di teruskan seperti biasa," kata kenyataan PZNS yang dikeluarkan semalam.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'ROSLI KURANG HIDUP BERMASYARAKAT' - HASAN MALEK. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.