'RAMAI ORANG DI PUTRAJAYA NAK BELASAH SAYA' - TMJ
JOHOR BAHRU - Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengucapkan terima kasih kepada rakyat Johor yang berhimpun menyatakan sokongan padu kepadanya yang berperang mulut dengan seorang menteri kabinet, Datuk Seri Nazri Aziz.
Dalam perhimpunan itu, baginda sempat menyindir Nazri, 'Orang Putrajaya' mahu membelasahnya hanya kerana bersuara demi kesejahteraan rakyat.
"Saya tidak mahu bercakap banyak kerana ramai 'orang di Putrajaya' nak whack (membelasah) saya," sindirnya terhadap Ahli Parlimen Rengas itu.
Pada masa yang sama, TMJ menegaskan yang beliau akan sentiasa menegakkan kedaulatan Johor dan akan terus bersuara demi bangsa Johor dan rakyat Malaysia.
"Sebagaimana yang dipesan oleh Duli Yang Maha Mulia ayahanda saya, bahawa saya adalah hamba rakyat Johor," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'RAMAI ORANG DI PUTRAJAYA NAK BELASAH SAYA' - TMJ. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment