MURID LELAKI DI DENDA GURU PAKAI TELEKUNG UNDANG KEBONGIHAN MASYARAKAT SETEMPAT TERJAWAP
Demikian status Facebook yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama Liyana Azman yang berang dengan tindakan seorang pendidik yang memalukan adiknya di sekolah.
"Ustazah denda adik saya, disuruh pakai telekung semasa menjawab soalan peperiksaan. Selepas itu, rakam gambar dan hantarkan ke group budak sekolah. Motif apa?
Kes guru merakam gambar pelajarnya dan sebarkan kepada umum kembali lagi. Tindakan guru ini dilihat sengaja memalukan pelajar terbabit.
"Please explain this! Apa perasaan Najmi nak jawab exam ni? Down okay. Keliling dia semua ketawakan (dia). Nak mengajar pun biarlah denda yang bermoral sikit.
"Salah dia sebab tak pakai songkok. Okay, dia salah tetapi perlu ke hantar ke group bagai? Kami sekeluarga tak boleh terima," kata Liyana yang kesal dengan tindakan guru berkenaan.
Tindakan guru merakam gambar pelajar seperti ini amatlah tidak wajar walaupun niat sekadar bergurau kerana ia boleh ditafsirkan maksud yang lain oleh orang awam.
Pihak KPM perlu tegas dalam hal ini dengan menggenakan tindakan tegas terhadap mana-mana guru yang merakam pelajar mereka dengan niat cuba mengaibkan mereka.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal MURID LELAKI DI DENDA GURU PAKAI TELEKUNG UNDANG KEBONGIHAN MASYARAKAT SETEMPAT TERJAWAP. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment