'LANCAU LA LU MAU REKOD'
JOHOR BAHRU - Demikian kata-kata yang terpacul keluar dari mulut seorang anggota beruniform yang menggenakan vest pemantul cahaya Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada awal Jun ini di Johor Bahru di mana seorang anggota PDRM bertelagah dengan seorang lelaki Cina yang bertindak merakam insiden itu.
'Lancau La Lu Mau Rekod'Video pergaduhan mulut anggota PDRM dengan seorang pemandu lelaki. Laporan penuh di - http://goo.gl/JDC2J4
Posted by My Media Hub on 11hb Jun 2015
Berdasarkan video yang tersebar itu, lelaki Cina terbabit mengugut untuk merakam pertelagahan di antara mereka berdua menyebabkan anggota berkenaan berang dan gagal mengawal emosinya sehingga membalas kata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan.
Enggan beralah, lelaki itu cuba memprovokasi anggota terbabit menyebabkan berlakunya insiden merampas telefon.
Walau bagaimanapun, video berdurasi 26 saat itu tidak menjelaskan punca sebenar kejadian dan tidak dapat menentukan siapa yang bersalah dalam hal ini.
Namun, seperti kebiasaannya 'kaki rekod' hanya menyiarkan babak-babak yang panas sahaja menyebabkan timbulnya persepsi negatif terhadap anggota beruniform khususnya polis.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'LANCAU LA LU MAU REKOD'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment