Kerana kuasa "Viral" gadis cun melecun dapat kembali dompet yang hilang
Semalam, Sarah Danielle atau nama sebenar, Sarah binti Azmi, memohon bantuan orang ramai untuk memulangkan dompetnya yang didakwa tercicir di dalam KTM ketika tertidur.
Minta jasa baik kawan-kawan Facebook share post saya ini. Saya tidak berapa sihat semalam, paksa diri pergi kerja juga. Jadi, saya tertidur dalam KTM. Berkemungkinan beg dompet saya jatuh tanpa saya sedar. Saya tahu peluang untuk orang yang pegang beg dompet saya sekarang untuk baca status saya ini sangat-sangat tipis. Tapi ini saja yang mampu saya usaha sebab saya telah kehilangan almost everything termasuk kad-kad bank, sedikit duit belanja harian, kad pengenalan, lesen, kad SSPN dan gambar arwah abah yang ada dalam dompet tersebut. Saya tak ada satu sen pun untuk bergerak ke mana-mana untuk laporkan kehilangan atau buat kad baru. Saya tinggal sendirian. Jauh dari kawan-kawan kolej. Jadi saya mohon jasa baik kawan-kawan tolong viralkan status ini. Moga-moga ada yang berkenaan terbaca. Saya tak kisah duit hilang atau tak ada. Beg dompet itu pun saya tak kisah. Paling tidak pun, mohon postkan kad-kad saya ke alamat yang tertera dalam kad pengenalan saya. Saya bukan orang senang, jadi saya mohon sangat.
Permintaan Sarah itu menerima banyak respon dari pengendali page-page Facebook popular sehingga mencetuskan satu gerakan pencarian besar-besaran di laman sosial.
Hari ini, Sarah dilaporkan telah menemui dompetnya, namun wang di dalamnya telah dikebas oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
"Pertama sekali, alhamdulillah saya dah bertemu dengan pemegang beg dompet saya di stesen KTM Putra jam 9.30 pagi tadi.
"Alhamdulillah semua kad-kad saya selamat. Cuma duit saja yang tak dapat diselamatkan. Tapi tak mengapa. Berkat doa saya, keluarga dan rakan-rakan Facebook.
"Usaha-usaha rakan-rakan yang sanggup share dan viralkan post saya. Bantuan kalian dah berjaya sampai ke pemegang dompet saya. Terima kasih banyak-banyak. Bantuan kalian sebenarnya hanya saya dan tuhan saja tahu betapa besar maknanya.
"Terima kasih tak terhingga. Saya hanya mampu balas jasa kalian dengan doa agar hidup orang-orang yang membantu saya diberkati Allah. Saya mohon maaf atas kekecohan sebelum ini," katanya yang akan memadamkan post terdahulunya berikutan dompetnya sudah ditemui.
Inilah cara yang betul menggunakan media sosial, membantu orang yang dilanda kesusahan. Anda dinasihatkan tidak mengambil barang yang bukan hak milik anda.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Kerana kuasa "Viral" gadis cun melecun dapat kembali dompet yang hilang. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment