KEMPEN 1 ANJING 10 RINGGIT DAPAT SAMBUTAN HANGAT - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di KEMPEN 1 ANJING 10 RINGGIT DAPAT SAMBUTAN HANGAT harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
KEMPEN 1 ANJING 10 RINGGIT DAPAT SAMBUTAN HANGAT

KEMPEN 1 ANJING 10 RINGGIT DAPAT SAMBUTAN HANGAT



PERAK - Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dikritik hebat oleh netizen gara-gara melancarkan kempen '1 Anjing 10 Ringgit' yang dilihat tidak berperikemanusiaan.

Gambar kempen '1 Anjing 10 Ringgit' itu tersebar di laman sosial dan dilaporkan akan diadakan pada 3 hingga 12 Jun ini di mana orang ramai akan diberi imbuhan setiap seekor anjing yang diserahkan kepada MDTM.

Pengguna Facebook khususnya bangsa Cina nyata berang dengan kempen itu menganggap MDTM tidak berperikemanusiaan. Mereka juga turut mendesak agar MDTM membatalkan kempen itu serta meminta Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) mengambil tindakan segera.

Bagaimanapun, MDTM semalam telah memaklumkan bahawa kempen itu telah dibatalkan sejurus mendapat desakan dari orang ramai.

"Kempen ini diberhentikan serta merta dan kami akan mengkaji semula kaedah yang lebih baik mengatasi masalah anjing liar yang sering diadukan. Terima kasih di atas semua teguran yang telah diberikan," kata kenyataan itu.

MDTM menjelaskan kempen itu sebenarnya tertumpu kepada anjing-anjing liar yang berkeliaran dan mendatangkan kekacauan kepada masyarakat setempat.

Malangnya, tanpa penjelasan yang lengkap, netizen menganggap tindakan MDTM mahu membunuh anjing liar itu dan merasakan MDTM melampau dan tidak berperikemanusiaan.

Nama kempen itu juga dilihat tidak sesuai, seakan-akan mahu membabitkan slogan 1 Malaysia kepada 1 Anjing.

MDTM sewajarnya mengambil tindakan menangkap anjing liar itu sendiri tanpa perlu membuat kempen-kempen yang mengarut seperti itu yang akan menimbulkan salah faham penduduk khususnya bangsa Cina.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal KEMPEN 1 ANJING 10 RINGGIT DAPAT SAMBUTAN HANGAT. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.