Kecewa terbeli 'karipap oksigen'
GEORGETOWN - Sungguh tidak patut apabila ada peniaga yang didakwa sengaja mengambil kesempatan sepanjang Ramadan kali ini.
Kisah berkenaan sering kali berlaku menyebabkan pelanggan semakin muak dengan sikap peniaga yang tidak jujur dan terbaru, pembaca Sinar Harian mengadu terbeli ‘karipap oksigen’.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Yan berkata, telah membeli karipap daripada peniaga di sebuah bazar Ramadan, di sini.
“Tiga biji karipap dijual pada harga RM1 dan pada masa itu, saya tergesa-gesa membeli kerana waktu berbuka sudah hampir tiba. Saya ambil mana saja juadah yang ada supaya boleh bergerak dan sampai rumah cepat.
"Tapi, amat mengecewakan apabila tiba waktu berbuka, bila gigit sikit karipap yang dibeli tidak ada rasa inti. Bila tengok memang kosong dan intinya sikit sangat dan tidak sesuai dengan harganya," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Kecewa terbeli 'karipap oksigen'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment