ISU MAS: 10 PERKARA PERLU PEKERJA MAS TAHU
Mengapa salahkan Christoph R. Mueller
SALAHKAN KITA SENDIRI BILA NASI SUDAH MENJADI BUBUR
1.Saya hairan mengapa Christoph R. Mueller, CEO baru MAS dipersalahkan dlm isu pemulihan syarikat penerbangan tersebut yg kini telah mencecah RM 9 billion. Kita kena belajar sejarah sebelum menuduh R.Mueller. Kita kena cari punca kenapa 6,000 pekerja MAS terpaksa diberhentikan.
2. Syarikat penerbangan Malaysia bermula pada tahun 1947 yg dikenali sebagai Malayan Airways Limited (MAL). Terbentuknya Malaysia pada 1963, penerbangan itu berganti nama kpd Malaysian Airways Limited dan selepas itu, Borneo Airways telah bergabung ke dlm MAL. MAS juga pernah dikenali sebagai Malaysia-Singapore Airlines (MSA), saat sebelum pemisahan Singapura
3. Semua org tahu sebelum tauke Celcom, Tajuddin Ramli mengambil alih MAS, syarikat itu mempunyai keuntungan sebanyak RM 600 juta. Hanya dlm tempoh beberapa tahun sahaja MAS mulai rugi berbillion ringgit...Pelik atau tidak???
4. Singapore Airline saban tahun mencapai keuntungan berbillion ringgit walaupun mereka tiada penerbangan domestik. Akhirnya terbongkarlah rahsia antaranya penyebab utamanya MAS kerugian berbillion ringgit apabila ada 180 elaun utk ahli lembaga Pengarah dan lain2nya yg dianggap mengarut utk ditanggung oleh MAS yg dikesan oleh CEO baru ini. Kenapa ia terjadi sdgkan sudah berpuluh tahun MAS kerugian?...Mudah jawapannya kerana ia adalah duit rakyat yg mana 'mereka' ini tahu akan ada suntikan modal baru utk MAS.
5. Kita kena ingat Christoph R. Mueller dibayar utk memulihkan MAS. Jadi dia perlu mengambil langkah yg betul kerana dia dibayar dgn harga yg agak mahal berdasarkan pengalaman dan reputasinya. Ingat dia memiliki pengalaman selama 25 tahun dlm bidang penerbangan.
6. Antara rekod cemerlang beliau adalah sebagai perancang strategik dan kewangan serta pengstrukturan semula syarikat yg bermasalah. Kemampuan dan keberanian untuk melaksanakan perubahan termasuk memperkenalkan teknologi baru serta pengedaran dan juga penyelesaian peruncitan sangat dikagumi.
7. Antara syarikat peberbangan yg telah menerima sentuhan ajaib Mr. Christoph R. Mueller yg berasal dari Jerman adalah, Aer Lingus dari Eropah, Lufthansa, Sabena S.A., serta Delta Air Transport (DAT) yg kini dikenali sebagai Brussels Airlines dan merupakan syarikat penerbangan Belgium.
8. Yg salah kita. Bila ada yg menulis menegur kerajaan di bawah Tun Mahathir ketika itu, kita dianggap berhaluan kiri, org jahat, anti kerajaan dan sebagainya. Malah tiada rakan2 dlm MAS yg menyokong pendapat mengenai isu MAS ketika itu yg rugi dan terus rugi. Sebab itu kita jgn jadi pemikir politik 'jakun'. Takut menegur kerana takut disalah anggap. Akhirnya 6,000 nasih pekerja MAS seperti sampah.
9. Mengapa saya anggap seperti sampah. Sebabnya saya yg suka menaiki penerbangan MAS merasakan anak2 kapal dan pengurusannya sgt cekap. Paling ketara anak2 kapal dan kapten kapal...senyuman manis mereka membuat badan yg keletihan tidak terasa kerana layanan mesra mereka yg sgt baik.
10. Akhirnya kerana DNA org Malaysia yg tidak berani menegur walaupun benar, org atasan bermewah mewahan, nasib mereka entah ke mana. Khabarnya tiada VSS, malah diberikan kontrak kerja selama setahun dgn pergurangan gaji dan benefit (kesahihannya kurang pasti hanya dgr2 cakap dari pekerja MAS )
Kini MAS menubuhkan syarikat yg baru walaupun nama yg serupa. Sedih melihat kakitangan MAS yg bekerja bersungguh sungguh tetapi kerana keborosan pihak atasan mereka, mereka menjadi mangsa...
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal ISU MAS: 10 PERKARA PERLU PEKERJA MAS TAHU. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment