Guru KAFA Yang Dipecat JAIS Kini Sudah Bergelar Guru Besar - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Guru KAFA Yang Dipecat JAIS Kini Sudah Bergelar Guru Besar harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Guru KAFA Yang Dipecat JAIS Kini Sudah Bergelar Guru Besar

Guru KAFA Yang Dipecat JAIS Kini Sudah Bergelar Guru Besar



Setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknyakan. Begitulah yang terjadi kepada seorang guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA), Ekhsan Bukharee B. Badarul Hisham yang telah dipecat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini.

Beliau yang kehilangan jawatan sebagai guru KAFA telah menerima kerja baru apabila telah dilantik menjadi guru besar sebuah sekolah agama swasta di Subang Mutiara.

"Saya diberi kepercayaan pemiliknya sebagai guru besar di Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Iman, Subang Mutiara. Amanah yang besar dan tanggungjawab yang berat ini akan saya pikul bersama-sama rakan guru yang lain," ujarnya dipetik MalaysiaGazette.

Menurut beliau sekolah berkenaan baru beroperasi pada minggu ini dah amat memerlukan tenaga pengajar yang mempunyai idea, tenaga dan iltizam yang tinggi.

"Saya akan cuba bermula dari A kerana tiada pengalaman langsung mentadbir sebuah sekolah. Fokus utama adalah melahir dan membina manusia. Saya meletakkan tiga bulan pertama ini sebagai penanda aras kemampuan saya. Jika gagal, saya akan meletakkan jawatan dengan sendirinya," katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Katanya, dalam sistem pendidikan sekarang pendidikan yang ada berjaya melahirkan otak tetapi gagal membina watak

"Saya akan cuba sahut cabaran ini di SRI Al-Iman, Subang Mutiara. Mohon sokongan, dorongan dan doa dari guru-guru, anak murid serta kawan-kawan," ujarnya.

Dia walaubagaimanapun dalam masa yang sama akan tetap memperjuangkan peruntukan elaun tambahan guru-guru KAFA di Selangor seperti yang telah dijanjikan dalam manisfesto Pakatan Rakyat Selangor sebelum pilihanraya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Guru KAFA Yang Dipecat JAIS Kini Sudah Bergelar Guru Besar . Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.