'BONUS RM500, KENAPA PEKERJA SWASTA MEROYAN GILER BABI?' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'BONUS RM500, KENAPA PEKERJA SWASTA MEROYAN GILER BABI?' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'BONUS RM500, KENAPA PEKERJA SWASTA MEROYAN GILER BABI?'

'BONUS RM500, KENAPA PEKERJA SWASTA MEROYAN GILER BABI?'



PUTRAJAYA - Susulan pengumuman pembayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk penjawat awam, ramai kakitangan sektor swasta meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman sosial.

"Kakitangan Awam dengan Kakitangan MAS dua kali lima sama saja. Terlampau banyak tetapi kerja tak ada. Lambakan mereka itu sebab kerajaan mahukan undi sahaja,"

"Since everybody is paying for GST, so government should not use that money for only penjawat awam la kan. Instead, duit itu digunakan untuk pembangunan infrastruktur dan sebagainya that can benefit the whole rakyat,"

Inilah yang seringkali terjadi apabila penjawat awam diberikan bonus yang tidak seberapa dan boleh dikatakan hampir setiap tahun diberikan jumlah yang sama. Namun masih juga menimbulkan rasa tidak puas hati kakitangan sektor swasta.

Tampil seorang individu yang juga seorang penjawat awam meluahkan rasa kecewanya terhadap tanggapan negatif kakitangan sektor swasta itu.

"Aku anggap Bantuan Khas Kewangan RM500 yang diumumkan Najib semalam, adalah rezeki masing-masing. Soal sikap malas dan sebagainya, itu adalah masalah peribadi seseorang orang. Kerjalah di mana-mana pun, kalau dah malas, malas juga jawabnya. Jadi, tidak adillah kalau nak kata semua penjawat awam seperti itu.

"RM500, nak kata kami minta, kami tak minta. Malah, kadang-kadang kami sebagai penjawat awam pun malu apabila CUEPACS asyik meminta-minta secara melampau. Tindakan mereka itu seperti tidak tahu bahawa negara sedang dilanda masalah, tambahan ekonomi pula merundum walaupun suratkhabar/portal berita mengatakan ekonomi stabil.

"Tetapi, kami dapat RM500 ini pun sudah sangat bersyukur. Lepaslah nak beri sedikit kepada ibu ayah, anak-anak saudara dan anak-anak sendiri atau barangkali untuk orang yang lebih memerlukan.

"Elaun Imbuhan Tetap Perumahan dari RM180 ke RM300, hanya naik RM120 sahaja. Bila tinggal di kuarters kerajaan, elaun itu semua ditolak. Perlaksanaannya pula bermula 1 November 2015.  25% daripada elaun yang diberikan, bermakna sesiapa yang tinggal di kuarters akan dapat RM75 daripada RM300. Selain itu, Elaun COLA (Sara Hidup RM300) akan ditolak separuh apabila tinggal di kuarters kerajaan.

"Kalau kita kira kadar lama, RM180 + RM150 = RM330 dipotong dari elaun jika tinggal di kuarters kerajaan. Kadar terbaru bermula November 2015 pula RM225 + RM150 = RM375 dipotong dari elaun jika duduk di kuarters.

"Bagi mereka yang ada rumah sendiri, akan dapat penuh elaun tersebut. Untuk yang duduk di kuarters, lebih jimat sebab dengan kadar penolakan sebanyak itu, lebih murah jika dibandingkan dengan kadar sewa di luar.

"Tetapi ingat, tidak semua penjawat awam yang layak tinggal di kuarters dan juga tidak semua orang mampu beli/memiliki rumah sendiri. Tahap kemampuan itu kena tengok / ukur kemampuan sendiri. Barangkali boros, barangkali komitment tinggi, ramai anak, duduk di bandar besar dan macam-macam faktor. Semuanya di atas sikap dan keperluan masing-masing. Itu sendiri yang menentukan perancangan kewangan sendiri.

"Mana-mana yang lebih itu, aku anggap sebagai rezeki untuk aku, anak dan barangkali juga sebenarnya ia telah ditentukan untuk orang lain. Jangan ingat bila kita dapat lebih, ia hak kita 100%.

"Suami aku kerja swasta, gaji pun lebih kurang aku. Bonus pun tak tentu, ada, ada, tiada, tiadalah. Semua kami anggap rezeki. Tak pernah meroyan dan juga tidak pernah meminta. Bekerja ikhlas kerana Tuhan, inshaAllah Tuhan akan berikan kita ganjaran.

"Kadang-kadang rezeki itu bukan untuk kita seorang. Kadang-kadang rezeki itu untuk ramai. Kadang-kadang ujian Tuhan bukan dengan kesusahan saja tetapi juga dengan kesenangan.Dia cuma nak tengok seteguh mana keimanan kita dalam hal kerja pun, kerajaan ke, swasta ke. Kalau kita ikhlaskan diri kita bekerja, inshaAllah semuanya dipermudahkan," katanya




Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'BONUS RM500, KENAPA PEKERJA SWASTA MEROYAN GILER BABI?'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.