2 bulan kutipan GST lebih RM6 bilion
Kutipan GST setelah 2 bulan dilaksanakan sejak 1 April telah melebihi RM6 billion, kata Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Jumlah tersebut RM3.37 bilion melibatkan kutipan GST import manakala selebihnya merupakan kutipan GST tempatan, kata Datuk Matrang Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah JKDM.
Katanya, kutipan GST itu merupakan sebahagian daripada kutipan hasil keseluruhan jabatan tersebut sebanyak RM20.7 bilion dari seluruh negara sejak Januari lepas sehingga semalam.
“Kita optimis sasaran kutipan keseluruhan RM45.44 bilion tahun ini, di mana RM23.7 bilion daripada GST, dapat dicapai kerana lebih 300,000 peniaga yang berdaftar di bawah sistem GST akan menghantar penyata GST selewat-lewatnya pada 15 Jun ini.
“Berdasarkan prestasi kutipan diperoleh setakat ini kemungkinan jumlah keseluruhan kutipan hasil boleh melebihi RM50 bilion,” katanya dipetik The Malaysian Insider.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 2 bulan kutipan GST lebih RM6 bilion. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment