1MDB: Menteri-menteri Kabinet hadir perjumpaan tertutup rahsia
KUALA LUMPUR: Menteri-menteri Kabinet hari ini menghadiri suatu perjumpaan tertutup, dipercayai berhubung isu 1MDB, di Majestic Hotel.
Astro AWANI yang berada di lokasi tersebut, antara lain, terserempak dengan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Turut kelihatan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel dan Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan.
Majestic Hotel, yang juga menyaksikan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk acara yang berlainan, dikawal ketat oleh pihak polis.
Perjumpaan yang diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok itu, dijangka akan mengambil masa lebih 3 jam.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 1MDB: Menteri-menteri Kabinet hadir perjumpaan tertutup rahsia. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment