Video : Luahan Sayu Muhyiddin Yassin Terhadap Isu 1MDB
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu video yang dimuat naik di Youtube meluahkan apa yang sepatutnya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi menyelesaikan isu 1MDB seterusnya mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.
Muhyiddin yang berucap di satu program Keris pada Jumaat lalu berkata, Datuk Seri Najib perlu memecat kesemua lembaga pengarah 1MDB dan membawa polis masuk untuk menyiasat syarikat yang kini menanggung hutang puluhan billion ringgit.
Menurut Muhyiddin lagi, sekiranya Datuk Seri Najib, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB, tidak bertindak dengan segera berkenaan isu ini, tidak mustahil UMNO dan BN akan kalah dalam piliharan raya umum akan datang.
"Saya beritahu perdana menteri, pecat semua ahli lembaga pengarah 1MDB. Buang mereka. Buanglah, pasal mereka, perdana menteri terpaksa menanggung, tetapi tidak dibuang lagi,” katanya di dalam program tersebut yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin kanan Umno termasuk Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Video : Luahan Sayu Muhyiddin Yassin Terhadap Isu 1MDB. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment