Suami Isteri Ditahan Kes Budak Ditanam Di Dapur Rumah merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Suami Isteri Ditahan Kes Budak Ditanam Di Dapur Rumah membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
Suami Isteri Ditahan Kes Budak Ditanam Di Dapur Rumah

Suami Isteri Ditahan Kes Budak Ditanam Di Dapur Rumah


KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat kanak-kanak lelaki yang ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong.
Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ali Ahmad berkata suspek lelaki, 33, disyaki bapa kepada mangsa itu ditahan di sebuah restoran di Keningau, Sabah pada pukul 6.30 petang, Sabtu.
Polis kemudiannya menahan seorang suspek wanita, 33, disyaki ibu kepada mangsa di Penampang, Sabah pada kira-kira pukul 1 pagi tadi, katanya.
“Kedua-dua mereka akan dibawa dari Sabah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, dijangka esok, untuk siasatan dan mengambil keterangan berhubung kes ini.
“Polis percaya bahawa mayat kanak-kanak lelaki berusia antara lapan hingga 10 tahun yang ditemukan di dapur itu ialah anak mereka, tetapi hanya dapat disahkan selepas ujian DNA dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama, Ahad.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
Ali berkata bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak itu telah dilakukan di Hospital Sungai Buloh dan Jabatan Patologi juga masih belum mengenal pasti punca kematian mangsa.
“Mayat berkenaan yang telah mereput dipercayai ditanam selama lapan minggu dan tiada tanda yang jelas mengatakan mangsa didera atau dicederakan,” katanya.
Jumaat lepas, satu mayat yang disimen dan mereput berbalut kain ditemukan ditanam di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong.
Mayat itu ditemukan susulan kontraktor yang sedang mengubah suai rumah berkenaan memecahkan simen dapur rumah itu. SUMBER

Artikel Suami Isteri Ditahan Kes Budak Ditanam Di Dapur Rumah ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.