SAYU. NYARIS BUTA DIROTAN CIKGU - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di SAYU. NYARIS BUTA DIROTAN CIKGU harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
SAYU. NYARIS BUTA DIROTAN CIKGU

SAYU. NYARIS BUTA DIROTAN CIKGU



IPOH - Seorang pelajar tingkatan satu nyaris buta dirotan oleh cikgunya hanya kerana tidak menyimpan baju yang disidai ke dalam almari.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7 pagi itu, mangsa berusia 13 tahun dirotan atas kesalahan itu ketika guru terbabit menjalankan pemeriksaan mengejut di sebuah sekolah berasrama penuh, semalam.

Akibatnya, mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Teluk Intan dan menjalani pembedahan di mata kirinya yang tercedera.

Bapa mangsa terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu.

Difahamkan ketika kejadian, cermin mata yang dipakai oleh mangsa pecah akibat dirotan guru terbabit menyebabkan serpihan kaca terkena pada kanta mata mangsa sehingga luka.

Menurut doktor Hospital Teluk Intan, mangsa perlu menjalani pembedahan untuk menjahit dua kesan koyak di dalam bahagian mata kiri terutamanya mata hitam.

“Guru terbabit mengakui merotan anak saya dan menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Walaupun dia menyatakan tidak sengaja dan meminta maaf beberapa kali, saya berasa sedih dengan apa yang dialami oleh anak saya,” katanya.

“Kalau benar satu kesalahan besar, saya tidak marah kalau guru terbabit memukul di bawah paras pinggangnya tidak perlulah membabitkan organ yang penting itu. Anak saya masih muda dan mata sangat diperlukan untuk dia belajar.

“Anak saya kini mengalami trauma apabila di beberapa kali menyatakan tidak mahu kembali ke sekolah terbabit sebelum dibawa masuk ke bilik pembedahan.

"Saya juga bercadang untuk ambil tindakan selanjutnya,” katanya yang telah membuat laporan di Balai Polis Teluk Intan sejurusnya dirujuk Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal SAYU. NYARIS BUTA DIROTAN CIKGU. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.