Punca Sekolah Daif, KPM Malas Turun Padang Terjawap - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Punca Sekolah Daif, KPM Malas Turun Padang Terjawap harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Punca Sekolah Daif, KPM Malas Turun Padang Terjawap

Punca Sekolah Daif, KPM Malas Turun Padang Terjawap



PUTRAJAYA - Dr Puad Zarkashi hari ini memuat naik sekeping gambar yang dikirimkan oleh seorang individu mengenai keadaan sebuah sekolah di Keningau, Sabah, yang sangat daif.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia itu mempertikaikan, mengapa perkara seperti ini masih berlaku di bawah zaman pentadbiran BN.

Bekas ahli Parlimen Batu Pahat itu juga turut menunding jari terhadap pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang bertanggungjawab tidak turun ke padang selain menyelar menteri dan timbalannya juga malas mengambil tahu akan permasalahan setiap sekolah di negara ini.

"Puncanya, pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah.

"Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah. Bunyi cantik di atas. Kerajaan belanja berbillion untuk 1 Bestarinet, tetapi apakah disiasat keberkesanannya? Itu belum lagi dipaparkan asrama dan rumah guru yang daif di kawasan pedalaman.

"Sepatutnya bila Timbalan Perdana Menteri, (Muhyiddin Yassin) jadi Menteri Pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah-sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak.

"Turunlah ke bawah! Jangan banggakan PPPM kalau level playing field masih tidak sama," katanya.

Tidak dinafikan, banyak nasib sekolah di Sabah dan Sarawak terutamanya di pedalaman tidak terbela sedangkan sumber-sumber kekayaan negara kebanyakannya dikaut dari hasil bumi kedua-dua negeri di kepulauan borneo itu.

Perkara dan keputusan 'berat sebelah' dari Putrajaya seperti inilah yang menyebabkan rakyat Sabah dan Sarawak kecewa dan merasa diri mereka dianak-tirikan dari segi pembangunan dan prasarana. Sedangkan kedua-dua negeri itu jauh lebih layak mendapat kemajuan dari negeri-negeri di bawah pimpinan BN khususnya UMNO di Semenanjung Malaysia.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Punca Sekolah Daif, KPM Malas Turun Padang Terjawap. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.