Pengguna Myvi pula jadi sasaran dimaki secara pukal - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Pengguna Myvi pula jadi sasaran dimaki secara pukal harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Pengguna Myvi pula jadi sasaran dimaki secara pukal

Pengguna Myvi pula jadi sasaran dimaki secara pukal



SHAH ALAM - Belum pun reda serangan orang awam terhadap ahli Familia Myvi Club (FMC), kini ada dakwaan pengguna Myvi mula ‘diserang’ dengan kata-kata tohmahan orang awam.

Biarpun hanya dua pemandu Myvi terlibat dalam tragedi Lebuhraya Duke yang meragut tiga nyawa termasuk bayi, bahananya terpalit sama ke atas pengguna Myvi yang lain.

Terbaru memetik luahan seorang pengguna Facebook dengan nama Shahirah Azman yang mendakwa terkejut dengan tohmahan pengguna kenderaan lain sewaktu dia sedang memandu di jalan raya.

“Tadi saya memandu pada kelajuan 60 kilometer/sejam, saya buka tingkap semata-mata untuk menjimatkan minyak.

“… tiba-tiba ada kereta Perdana di sebelah saya dan jerit “Myvi tak guna”. Sekarang saya berfikir apa salah yang saya lakukan,” luahnya yang dikongsikan bersama di Myvi Club Malaysia (MCM).

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Nick Fadhlie Shah menasihatkan masyarakat supaya tidak menyasar dan menyalahkan pengguna Myvi atas kemalangan yang menimpa.

“Saya tidak faham, kenapa kereta #Myvi diviralkan? Saya juga pengguna Myvi tetapi saya tetap patuhi undang-undang jalan raya. Malah saya amat takut melanggar peraturan.

“… Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga sehinggakan ada (pengguna) yang sanggup edit (ubah suai) gambar menggunakan “emoticon” #Troll untuk perli pengguna Myvi. Kejadian yang berlaku di Lebuhraya #Duke sangat menyayat hati tetapi bukan kami pengguna Myvi yang harus disasarkan dan dipersalahkan,” luahnya.

Sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas kira-kira pukul 1.05 pagi Sabtu membabitkan tiga kenderaan di Km 6.2 Lebuhraya Duke.

Pasangan itu ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan Mitsubishi Pajero yang dipandu Fairuz Nizam dan dua Perodua Myvi.

Sumber


PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Pengguna Myvi pula jadi sasaran dimaki secara pukal. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.