PELAJAR 16 TAHUN MATI DIBELASAH KERANA "KENSAL" - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di PELAJAR 16 TAHUN MATI DIBELASAH KERANA "KENSAL" harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
PELAJAR 16 TAHUN MATI DIBELASAH KERANA

PELAJAR 16 TAHUN MATI DIBELASAH KERANA "KENSAL"


Gambar hiasan

KOTA BHARU - Seorang pelajar berusia 16 tahun maut dibelasah rakan sendiri hanya kerana berlakunya perselisihan faham.

Dalam kejadian pada jam 12 tengah malam itu, mangsa, Mohd Nor Akram Zime, 16 tahun, pelajar Kolej Vokasional Bachok, dibelasah oleh rakannya di asrama sekolah kerana menyidai kain tuala miliknya di kepala katil rakannya itu.

Bapa mangsa, Zime Yakoob berkata, berdasarkan laporan saksi, mangsa disepak di bahagian badan dan leher.

"Warden telefon dalam jam 1 lebih. Isteri saya jawab dan dimaklumkan agar segera datang ke hospital kerana anak dah tenant. Kemudian, ada dua anggota polis datang ke rumah memberitahu bahawa anak saya sudah meninggal," katanya.

Difahamkan, mangsa sebelum ini belajar di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang sebelum bertukar ke kolej tersebut tiga bulan lepas agar lebih dekat dengan keluarganya.

Menurut Zime, kali terakhir dia bertemu dengan mangsa yang merupakan anak keempat dari tujuh beradik itu ialah minggu lalu.

Abang mangsa, Mohd Nor Aminuddin berkata, adiknya seorang yang mesra dengan orang dan tidak mempunyai sebarang masalah.

"Dia depan orang ramai, pendiam. Jenis suka tolong orang. Kali terakhir berjumpa dengan dia pada cuti hari pekerja," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

Mayat mangsa dijangka akan dibawa pulang hari ini dan akan dikebumikan di Kampung Gelam, Pasir Puteh.

Suspek juga telah ditahan oleh pihak polis dan kini sedang menjalankan siasatan lanjut.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal PELAJAR 16 TAHUN MATI DIBELASAH KERANA "KENSAL". Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.