Najib di booooo ketika sebut GST pada sambutan Hari Pekerja di Kuching - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Najib di booooo ketika sebut GST pada sambutan Hari Pekerja di Kuching harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Najib di booooo ketika sebut GST pada sambutan Hari Pekerja di Kuching

Najib di booooo ketika sebut GST pada sambutan Hari Pekerja di Kuching



Datuk Seri Najib Razak menerima ejekan dari beberapa orang yang hadir ketika sambutan Hari Pekerja peringkat kebangsaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo, Kuching, Sarawak hari ini ketika beliau mengatakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak diperkenalkan untuk membebankan rakyat.

Suara itu datang dari sekumpulan pekerja yang berada di belakang dewan di mana majlis itu diadakan, yang dipercayai tidak senang dengan pengenalan cukai 6% itu yang dilaksanakan kerajaan sejak 1 April.

Terdahulu, perdana menteri berkata, kerajaan kerajaan boleh mempertimbangkan untuk menggunakan sebahagian dari hasil kutipan GST bagi menambah gaji pekerja sektor awam.

Meneruskan ucapannya, Najib menerangkan, beban yang dialami rakyat ketika ini ialah akibat aktiviti mengaut keuntungan berlebihan oleh peniaga tidak bertanggungjawab atau pencatutan.

Beliau menyeru pihak berkuasa yang berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam pencatutan dan peniaga yang tidak berhati perut yang memanipulasi GST untuk poket mereka sendiri.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya menerima tepukan gemuruh apabila bercakap mengenai keputusan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menghapuskan tol di dua jambatan dan menurunkan tarif elektrik bagi pengguna komersial dan industri di Sarawak.

Rabu lepas, Adenan berkata, kadar baru itu akan melibatkan separuh daripada 85,200 pengguna komersial, atau kira-kira 46,000 rumah kedai, kedai runcit dan blok perdagangan, menikmati pengurangan tarif antara 15% dan 50% manakala 36% lagi, atau 30,500, akan menikmati pengurangan antara 8% dan 11%.

Hadirin kira-kira seramai 5,000 orang itu bersorak dan bertepuk dengan kuat.

Najib berkata, keputusan Adenan itu satu contoh jelas menggambarkan Barisan Nasional, iaitu kerajaan yang penyayang.

"Kami benar-benar mahu meningkatkan kebajikan pekerja, termasuk yang di sektor awam," katanya.

Oleh itu, katanya, Cuepacs tidak perlu bimbang kerana beliau "responsif kepada tuntutan Cuepacs", merujuk kepada permintaan kenaikan gaji sebanyak 35% bagi penjawat awam yang berpendapatan rendah, bagi menampung kos sara hidup yang meningkat.

Perdana menteri pada sambutan itu juga memberitahu mengenai cadangan untuk satu skim faedah pengangguran negara bagi menyediakan jaminan kewangan untuk mereka yang hilang pekerjaan.

Walaupun enggan mengulas lanjut lagi, Najib berkata beliau boleh menyatakan di bawah skim itu, pekerja yang diberhentikan boleh mendapat perlindungan kewangan sehingga enam bulan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Najib di booooo ketika sebut GST pada sambutan Hari Pekerja di Kuching. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.