'MYVI TAK GUNA!!' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'MYVI TAK GUNA!!' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'MYVI TAK GUNA!!'

'MYVI TAK GUNA!!'



Kemarahan rakyat Malaysia terhadap 6 Jahanam (Myvi FMC) masih belum reda dan seorang pengguna Myvi pula diserang dengan tohmahan negatif orang awam.

Bahana 6 jahanam itu kini terpalit sama ke atas semua pengguna Myvi yang lain.

Shahirah Azman, meluahkan rasa kecewanya di laman Facebook yang dilemparkan dengan tohmahan pengguna kenderaan lain sewaktu dia sedang memandu di jalan raya.

“Tadi saya memandu pada kelajuan 60 kilometer/sejam, saya buka tingkap semata-mata untuk menjimatkan minyak.

“… tiba-tiba ada kereta Perdana di sebelah saya dan jerit “Myvi tak guna”. Sekarang saya berfikir apa salah yang saya lakukan,” luahnya yang dikongsikan bersama di laman Myvi Club Malaysia (MCM).

Nick Fadhlie Shah, yang juga pengguna Myvi menasihatkan masyarat agar tidak menyasar dan menyalahkan pengguna Myvi di atas kejadian yang menimpa pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berusia 6 bulan itu.

“Saya tidak faham, kenapa kereta #Myvi diviralkan? Saya juga pengguna Myvi tetapi saya tetap patuhi undang-undang jalan raya. Malah saya amat takut melanggar peraturan.

"Jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga sehinggakan ada (pengguna) yang sanggup edit (ubah suai) gambar menggunakan “emoticon” #Troll untuk perli pengguna Myvi. Kejadian yang berlaku di Lebuhraya #Duke sangat menyayat hati tetapi bukan kami pengguna Myvi yang harus disasarkan dan dipersalahkan,” luahnya.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'MYVI TAK GUNA!!'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.