LUAHAN SAYU ADIK BONGSU MANGSA MYVI FMC LUMBA HARAM - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di LUAHAN SAYU ADIK BONGSU MANGSA MYVI FMC LUMBA HARAM harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
LUAHAN SAYU ADIK BONGSU MANGSA MYVI FMC LUMBA HARAM

LUAHAN SAYU ADIK BONGSU MANGSA MYVI FMC LUMBA HARAM



Saya, Faiz, adik bongsu si mangsa dalam kejadian malam tadi.

Jasad abang saya, kakak ipar saya dan baby Annisa telah selamat dikebumikan petang tadi. Jadi secara langsung, tinggal dua orang puteri di bawah jagaan saya. Maka saya mohon agar pihak yang terlibat, sila tampil kepada keluarga kami. Saya hanya mahu anak-anak arwah abang saya nasibnya terbela.

Mereka masih kecil dan ditanggung sepenuhnya oleh arwah. Kini tanggungan bertukar tangan dan menjadi tanggungjawab saya.

Mohon kepada admin kelab Familia Myvi Club (FMC) tampil untuk berunding dengan kami. Kerjasama dari anda yang prihatin amat-amatlah saya hargai.

Kini mereka dua beradik telah menjadi anak yatim piatu. Fikirlah jika kamu berada dalam keadaan seperti keluarga saya dan anak kamu seperti mereka berdua. Apa tindakan kamu?

Selesai majlis tahlil pada malam pertama. Sebelum itu berita jam 8 TV3 telah siarkan kes kemalangan malam tadi.

Anak sulung arwah, Firuza Amira, menangis melihat kejadian yang ditayangkan di dalam berita.

Sayalah tempat dia luahkan segalanya. Sayalah tempat dia menangis. Sayalah tempat dia mengadukan sedangkan saya tidak pernah ada pengalaman dalam menjaga dan mendidik anak. Tetapi saya terus diuji dan keluarga pun diuji atas pemergian arwah abang saya.

Kini mereka sudah menjadi yatim piatu. Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan atas pemergian ayahanda dan bonda mereka? Kesian mereka berdua.

(Saya) diamanahkan untuk menjaga anak-anak arwah serta syarikat milik arwah. Hanya pertolongan abang-abang saya dan kakak saja dapat memberi saya kekuatan untuk melaksanakan amanah ini.

Mohon daku pada kalian rakyat Malaysia yang prihatin, doakan aku agar aku kuat untuk melaksanakan amanah ini.

Doakan agar roh abang saya, kakak ipar dan anak buah saya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman. Beri saya kekuatan dan doakan saya agar saya menjalankan amanah abang saya untuk membesarkan mereka berdua. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin. Sekian terima kasih.

You always be my brother (Nizam @ Uda).

Faiz, adik bongsu mangsa kemalangan.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal LUAHAN SAYU ADIK BONGSU MANGSA MYVI FMC LUMBA HARAM. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.