'Lepas ni jangan marah Tabung Haji' - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di 'Lepas ni jangan marah Tabung Haji' harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
'Lepas ni jangan marah Tabung Haji'

'Lepas ni jangan marah Tabung Haji'



Tabung Haji tidak mendedahkan butiran mengenai pihak yang didakwa berminat membeli tanah yang dibeli secara kontroversi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini.

Namun, berdasarkan kenyataan dibuat hari ini, ada kemungkinan tanah berkenaan akan djual kepada pembeli bukan Islam.

Bercakap kepada media di Kuala Lumpur hari ini, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, agensi itu "menghormati kerisauan makcik-makcik dan pakcik-pakcik (pendeposit)".

Kata Ahli Parlimen Baling itu, Tabung Haji bersetuju untuk mencari tanah lain.

"Saya nak bagi tahu, lepas ini jangan kata mengapa Tabung Haji jual kepada orang bukan Islam," katanya.

Menurut Abdul Azeez (gambar), Tabung Haji sedang menilai tawaran yang diterima sebelum membuat keputusan mengenainya minggu depan.

Abdul Azeez juga berkata, keputusan Tabung Haji melepaskan tanah yang dibeli itu membuktikan ia tidak sukar untuk dijual.

Namun, katanya, Tabung Haji akan mencari pihak atau syarikat yang mampu memberi keuntungan terbaik untuk tanah berkenaan.

"Selepas jual kita akan minta Ketua Pegawai Kewangan Tabung Haji buat sidang media," katanya.

Berdasarkan kenyataan Tabung Haji, tanah seluas setengah hektar itu dibeli pada harga diskaun RM188.5 juta atau kira-kira RM2,779 setiap kaki persegi.

1MDB pula membeli tanah di kawasan sama daripada kerajaan pada harga RM74.20 sekaki persegi.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal 'Lepas ni jangan marah Tabung Haji'. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.