Lari boleng lepas gagal memipit mangsa yang sedang mandi
KAJANG - Tindakan seorang lelaki memanjat pokok bagi mengelak ditangkap selepas mencabul seorang pelajar wanita di tandas asrama sebuah institut pengajian tinggi , di sini, membawa padah apabila dahan pokok itu patah dan dia terjatuh ke bawah.
Difahamkan dalam kejadian 6.45 pagi itu, suspek berusia lingkungan 20-an itu patah tangan kanan selepas enggan turun dan bertenggek di dahan pokok berkenaan sebelum terjatuh .
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek sebelum itu bertindak mencabul dan cuba merogol mangsa yang sedang mandi di tandas berkenaan.
"Mangsa menjerit selepas suspek dalam keadaan bogel menerkam dan cuba merogolnya. Bimbang jeritan mangsa didengari rakan-rakannya, lelaki itu berlari keluar dan memanjat pokok berkenaan.
“Awalnya, walaupun didesak oleh pengawal keselamatan di situ untuk turun dari pokok, suspek enggan dan nekad berada di atas pokok selama kira-kira 15 minit, namun malangnya dia terjatuh apabila dahan tempatnya bertenggek telah patah," katanya.
Rashid berkata, suspek mempunyai dua rekod lampau bersabit kes cabul dan dadah.
“Lelaki itu sedang menjalani rawatan di Hospital Kajang dan berada di bawah jagaan polis.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Lari boleng lepas gagal memipit mangsa yang sedang mandi. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment