Konflik kepentingan anak PM dalam audit 1MDB? - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Konflik kepentingan anak PM dalam audit 1MDB? harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Konflik kepentingan anak PM dalam audit 1MDB?

Konflik kepentingan anak PM dalam audit 1MDB?



Susulan aduan terhadap Deloitte dalam isu 1MDB, tumpuan kini beralih kepada seorang anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai rakan kongsi dalam syarikat audit antarabangsa itu.

Nizar, anak pertama Najib, pengarah eksekutif, di perkhidmatan nasihat kewangan syarikat yang dikritik kerana pengendalian akaun 1MDB itu.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, antara pengkritik paling lantang 1MDB, membangkitkan isu percanggahan kepentingan dalam perkara itu.

“Keadaan hanya menunggu masa sebelum orang ramai tahu bahawa anak sulung Najib – Nizar – rakan kongsi Deloitte (walaupun dalam unit perniagaan berbeza)," katanya.

Rafizi membangkitkan sama ada amalan itu boleh diterima secara terbuka dan profesional kerana ia mempunyai risiko serius ke arah percanggahan kepentingan.

Nizar belum memberikan sebarang respon ketika diminta Malaysiakini berbuat demikian.

Malaysiakini juga telah menghantar e-mel kepada Deloitte berhubung perkara sama dan masih menunggu reaksinya.

Rafizi yang juga seorang akauntan bertauliah dan anggota Institut Akauntan Malaysia (MIA) berkata terdapat keperluan melihat semula bagaimana empat firma terbesar audit di negara ini beroperasi.

Deloitte antara empat firma audit gergasi di Malaysia selain PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan KPMG.

Sebuah aduan hari ini difailkan terhadap Deloitte kerana didakwa gagal memberi amaran sehingga menyebabkan 1MDB terus berhutang dan tidak mampu membayar balik.

Aduan itu difailkan oleh anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua di MIA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mendakwa Deloitte Malaysia sengaja dan/atau cuai sehingga gagal mengambil tindakan wajar dan perlu serta mengaudit aliran tunai dan risiko kecairan 1MDB.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Konflik kepentingan anak PM dalam audit 1MDB?. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.