Bapa dimaki heret anak guna tali di leher seperti anjing (Video)
Beijing: Seorang bapa dikecam selepas dia dirakam mengheret anaknya dengan tali yang diikat pada leher kanak-kanak itu.
Rakaman mengejutkan itu menunjukkan bapa berkenaan menarik anaknya sejauh 100 meter tanpa mempedulikan jeritan dan tangisan mangsa, kononnya untuk mengajar si anak.
Dalam video yang menjadi viral di China sejak beberapa hari lalu, lelaki itu dilihat membuka pintu sebuah van dengan anaknya berada di dalam.
Dirakam di wilayah Zhejiang, video itu menunjukkan lelaki berkenaan memaksa anaknya keluar. Tetapi, apabila si anak enggan, lelaki itu menarik tali berkenaan, menyebabkan anaknya terjatuh dari kenderaan itu.
Si bapa kemudian berjalan dengan menarik tali yang dijerut pada leheri anaknya sambil menjerit: “Lebih baik besarkan kamu seperti anjing.”
Walaupun si anak tertiarap, lelaki itu terus menariknya di sepanjang laluan berkenaan sebelum memasuki sebuah blok apartmen.
Seorang jiran yang merakam kejadian itu kemudian memuat naik video itu ke laman sosial.
Ribuan pengguna yang menontonnya mengecam tindakan lelaki itu.
Menurut laporan, lelaki itu, pemandu trak yang tidak disiarkan namanya berkata, dia hilang sabar apabila melihat anaknya bermain di luar dan tidak mengulang kaji pelajarannya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Bapa dimaki heret anak guna tali di leher seperti anjing (Video). Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment