TMJ cabar ‘si pengecut’ berundur - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di TMJ cabar ‘si pengecut’ berundur harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
JOHOR BAHRU - Presiden persatuan bola sepak di negara ini dicabar untuk tidak bersikap pengecut sebaliknya menjadi berani atau berundur sekiranya tidak memahami tanggungjawab yang digalas.
Gesaan itu dibuat oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana menyifatkan seseorang presiden persatuan bola sepak perlu menyelesaikan permasalahan dalam sukan itu.
Menurut Tunku Mahkota Johor, seseorang presiden persatuan bola sepak tidak sewajarnya hanya goyang kaki dan meraih populariti tanpa berani menyuarakan apa yang perlu seperti dalam soal pembahagian honorarium penyiaran televisyen.
"Kenapa saya seorang sahaja yang bersuara pasal hal itu seolah-olah saya menegakkan untuk semua pasukan yang bertanding dalam negara, saya tidak jumpa presiden lain kecuali saya yang berbuat demikian.
"Anda perlu faham hak penyiaran akan membantu semua pasukan yang bertanding dalam negara dengan mengurangkan beban dari segi kewangan semua pasukan yang berentap dalam liga, kenapa presiden lain senyap sahaja.
"Adakah anda semua lebih berminat dengan jawatan sahaja," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, di sini semalam.
Beliau berkata, negara lain menyalurkan agihan honorarium penyiaran televisyen sebanyak 70 peratus kepada pasukan atau kelab yang bertanding dan 30 peratus kepada badan induk bola sepak, namun FAM pula berbuat sebaliknya.
Justeru, Tunku Ismail menyeru semua presiden persatuan negeri lain supaya bangkit dan memperjuangkan perkara itu dan jika mereka tidak memahami apa yang sedang dilakukan mereka seharusnya meletakkan jawatan.
"Bangun dan jalankan tugas dengan penuh integriti dan saya sendiri juga sangat telus dengan para penyokong, yang mana mereka berhak bertanya ke mana wang persatuan telah disalurkan selain misi dan arah tuju pasukan.
"Jadi, saya juga menyeru semua penyokong dalam negara supaya mula bertanya kepada presiden persatuan masing-masing mengenai perkara membabitkan perjalanan persatuan seperti yang saya lakukan," katanya.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
TMJ cabar ‘si pengecut’ berundur

Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal TMJ cabar ‘si pengecut’ berundur. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment