Saya anak Jins Shamsudin - Hang Tuah - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Saya anak Jins Shamsudin - Hang Tuah harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.




Saya anak Jins Shamsudin - Hang Tuah








KUALA LUMPUR: Ekoran satu kenyataan yang menyatakan Tan Sri Jins Shamsudin, hanya mempunyai tiga orang anak, seorang anaknya tampil memperbetulkan fakta terbabit.



Hang Tuah @ Shazrin Mohd Zain, 41, yang namanya tidak disebut isteri Jins, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, ketika mengeluarkan kenyataan itu, mendakwa beliau adalah anak kepada Jins, 80, hasil daripada perkahwinan kedua seniman terbabit dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Jamilah Sukor.



Kenyataan mengenai anak Jins itu dikeluarkan oleh Halijah, isteri ketiga kepada Jins, dalam sebuah akhbar. Beliau mendakwa suaminya hanya mempunyai tiga orang anak hasil daripada dua perkahwinan dan ia tidak termasuk Hang Tuah.



"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Halijah adalah tidak tepat. Sidang akhbar ini diadakan untuk memberi penjelasan yang tepat memandangkan bapa saya tidak sihat dan tidak berupaya menjelaskan fakta yang sebenar," katanya pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota, sebentar tadi.



Kata Hang Tuah, beliau memiliki bukti yang jelas berdasarkan perakuan surat beranak dan surat pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta juga buku biografi, Suria Kencana, yang secara jelas beliau adalah anak kepada seniman terbabit.



"Dengan penjelasan dan bukti yang kukuh ini, saya berharap isu yang ditimbulkan oleh Halijah akan selesai. Saya tiada niat sekalipun untuk memanjangkan perkara ini tetapi ia demi kebaikan semua," katanya yang ditemani dua peguam, Saiful Adli Mohd Arshad dari Tetuan Saiful Arshad & Co dan Abdul Malik Mokhtar dari Tetuan Abdul Malik Zamri & Co.



Sumber



PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri







Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Saya anak Jins Shamsudin - Hang Tuah . Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.


Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.