Punca tingkap rumah di Tanjung Ipoh tidak bertutup siang malam terjawap akhirnya - Mesti Baca! Perkongsian Blog Entri dari Laman Hebahan Maklumat sebagai Panduan dan Hiburan semua Blogger. Seandainya ada yang menarik di Punca tingkap rumah di Tanjung Ipoh tidak bertutup siang malam terjawap akhirnya harap dapat disebarkan sesama kita. Wallahu'alam bissawab.
Punca tingkap rumah di Tanjung Ipoh tidak bertutup siang malam terjawap akhirnya

Punca tingkap rumah di Tanjung Ipoh tidak bertutup siang malam terjawap akhirnya



KUALA PILAH – Tingkap sebuah rumah Minangkabau berusia lebih 120 tahun yang terletak di tepi jalan Tanjung Ipoh tidak pernah ditutup sejak 1970 lagi.

Ia diakui sendiri oleh pemiliknya, Asmah Ujang, 80, yang tinggal bersama suaminya, Othman Siraj, 84.

Kata Asmah, tingkap diruang tingkat atas tidak pernah ditutup meskipun hujan ataupun ketika mereka keluar.

Katanya, tindakan berani mereka itu menimbulkan rasa pelik dan curiga di kalangan jiran dan rakan-rakan sehingga mendakwa mereka mengamalkan ilmu pendinding untuk menjaga keselamatan rumah.

“Ada yang kata rumah saya rumah berhantu, tidak kurang pula yang menganggap saya menggunakan pemakai. Semua dakwaan itu tidak berasas.

"Sebenarnya pintu bahagian tengah untuk masuk ke anjung rumah ini agak rendah menyebabkan kepala kami sering terhantuk dan mendatangkan masalah terutama anak-anak. Sebab itu kami mengambil keputusan untuk membiarkan pintu ini terbuka 24 jam.

“Jika tingkap rumah sentiasa terbuka, ia boleh mendatangkan pengudaraan bersih dan memberi kesegaran,” katanya.

Menurut Asmah, rumah itu adalah rumah pusaka peninggalan arwah datuknya, Abd Rahman Abdullah yang dibina di atas tanah seluas satu hektar.

"Arwah datuk pernah bercerita, tanah ini dibeli dengan harga RM400. Rumah ini diperbuat dari kayu jenis Ponak yang memang terkenal dengan ketahanannya. Sebab itu, ia masih kukuh dan kayunya tidak dimakan anai-anai.

“Semua bahagian rumah ini adalah rumah asal kecuali atapnya telah ditukar dari atap nipah kepada asbestos pada 1965 dengan kos RM700,” katanya.

Sementara itu, Othman berkata, setiap bahagian rumah mempunyai namanya tersendiri seperti induk rumah, serambi, loteng serta hujung rumah dan ada bersangkutan dengan adat.

Sumber

PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Punca tingkap rumah di Tanjung Ipoh tidak bertutup siang malam terjawap akhirnya. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.