Isteri Pertama Ashraff Muslim Tak Pernah Rasa Tersisih, Baiknya Dayana Lokman.. merupakan Entri ulangsiar dari blog kategori Berita Tempatan. Memaparkan informasi terkini dan trending di Blogosphere Malaysia. Semoga Isteri Pertama Ashraff Muslim Tak Pernah Rasa Tersisih, Baiknya Dayana Lokman.. membawa Manfaat dan Faedah kepada pembaca blog Natang Ngoh. Wallahu'alam bissawab.
Isteri Pertama Ashraff Muslim Tak Pernah Rasa Tersisih, Baiknya Dayana Lokman..

Isteri Pertama Ashraff Muslim Tak Pernah Rasa Tersisih, Baiknya Dayana Lokman..

Menurut Dayana yang kini berkhidmat sebagai doktor di Klinik Kesihatan Alor Gajah, Melaka, dia tidak pernah rasa kurang malah jauh sekali tersisih selepas suaminya itu berkahwin lain.

"Setakat ini suami berlaku adil dalam semua aspek termasuklah pembahagian masa.  Selepas suami berkahwin lagi satu, saya tidak pernah rasa kurang.  Apa yang dia buat semuanya sama.  Cuma yang membezakan, saya belum ada anak lagi.  Kami berusaha, tapi mungkin belum ada rezeki," ujar Dayana.


Sejak berita perkahwinan kedua Ashraf tersebar, ramai yang kasihan akan nasib yang menimpa Dayana.  Ditanyakan hal itu, ini jawabnya.

"Orang selalu kasihan sebab saya belum ada anak lagi.  Pada saya itu semua rezeki.  Malah, ramai yang beranggapan saya tidak gembira sebaliknya saya OK dan tidak ada sebarang masalah dalam perhubungan.  Orang luar tidak tahu apa yang berlaku.  Jadi saya tidak kisah apa yang diperkatakan, asal sahaja hubungan kami sekeluarga bahagia," tambahnya lagi.
Dayana juga mengakui yang mana hubungan baiknya dengan Sakinah adalah atas inisiatif sendiri dan tidak pernah dipaksa oleh suami.

"Suami tidak pernah paksa kami berbaik.  Apa yang berlaku ia antara saya dan Sakinah.  Ada masalah kami akan berbincang bersama meski tanpa kehadiran suami.  Apa yang penting adalah bertolak ansur dan saling memahami," kata Dayana.

Menurut Dayana juga, sejak kelahiran Sarah Ashraf, hubungannya dengan Sakinah semakin erat malah menganggap Sarah seperti anaknya sendiri. - MH

Artikel Isteri Pertama Ashraff Muslim Tak Pernah Rasa Tersisih, Baiknya Dayana Lokman.. ini bukan ditulis oleh pemilik Laman Natang Ngoh. Ia adalah Perkongsian bermanfaat iaitu Entri ulangsiar dari laman popular yang ditulis oleh penulis terhebat di Malaysia.
Setinggi Penghargaan kepada Kraiboy iaitu penulis dan sumber asal artikel yang menarik ini. More respect from Natang Ngoh.

Post a Comment

unfoolgiven unblogiven

{picture#https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-xaf1/v/t1.0-1/c34.34.431.431/s200x200/383495_666690133356462_1783821221_n.png} Unfoolgiven an Author Natang Ngoh Jahat Molek. Menulis dengan pancaendera lapis ke 13 Unblogiven. Berbicara dengan bahasa yang satu. {facebook#https://www.facebook.com/unfoolgiven.unblogiven} {twitter#https://twitter.com/unfoolgiven} {google#https://plus.google.com/107838683407031460551}
Powered by Blogger.