Had Umur Pengeluaran KWSP Dikekalkan Pada Usia 55 Tahun
Kuala Lumpur : Berikutkan desakan orang ramai dan hasil kaji selidik dalam masa dua hari, KWSP menerima lebih dari 50,000 maklum balas berkaitan had umur pengeluaran kepada 60 tahun.
Sebentar tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak jadi dilanjutkan kepada umur 60 tahun sebaliknya dikekalkan pada usia 55 tahun.
Menurut Najib keputusan ini dibuat kerana prihatin dengan pandangan rakyat yang mahukan had pengeluaran KWSP dikekalkan pada usia 55 tahun.
"Kerajaan juga sedar berkaitan pandangan rakyat hasil lebih 50,000 maklum balas diterima berkaitan had umur pengeluaran kepada 60 tahun hanya selepas dua hari kaji selidik atas talian dibuat."
"KWSP juga akan memastikan bahawa sebarang perubahan hanya akan dilaksanakan ke atas caruman terkini bagi ahli yang mengambil keputusan untuk bekerja melebihi had umur 55 tahun," katanya ketika berucap pada Majlis Pelaburan Malaysia 2015, di ibu negara.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
Pemilik Natang Ngoh bukan penulis asal Had Umur Pengeluaran KWSP Dikekalkan Pada Usia 55 Tahun. Artikel adalah sebahagian dari penulisan asal seorang Tokoh Blogger Terkenal iaitu Encik Ann. Terima Kasih atasa Ihsan Perkongsian. Jutaan Penghargaan kepada Encik Ann. More respect from Natang Ngoh.
Post a Comment